Assalamualaikum w.b.t.
nice day to all readers. follower senyap2 atau follower terang2. I don't care who you're. The most important things, I can write out something from 'me'. :)
Sedar tak sedar dah nak dekat empat bulan aku menadah ilmu di bumi Taylor. banyak perbezaan yang aku sendiri tak perasaan. dan bila munasabahkan diri, baru terasa diri ni dah jauh berbeza dgn diri yang dulu. Ya Allah, Astafirullah, inikah apa yang org katakan godaan dunia luar semasa aku masih di bangku sekolah? inikah yang dikatakan godaan yg boleh membawa kepada sesuatu yg sukar diungkap dgn kata-kata?
Ya. mulanya aku enggan mengakui, tapi aku akur. diriku sudah jauh dari tarbiah Islamiah. Alhamdulillah, Allah mengirimkan perutusan dan teguran melalui markah test physics dan dari seorang teman. teman yang sama-sama sedang berjuang untuk Islam. teman yang selalu memberi kata2 semangat dan perangsang tatkala aku meniti jalan yg membuatkan aku hampir jatuh. terima kasih Allah kerana mengirimkan dia. dan terima kasih buat teman-teman. syukran.
haish. tipulah aku cakap nak start balik benda yang lama ditinggalkan lagi susah dari masa mula-mula start dulu. tapi tarbiahkan lah diri. tarbiah diri. kuatkan diri. bersabarlah Nazual! everything is just fine. insyaAllah. Yakinlah dgn kekuasaan Dia, tatkala Dia sudah berjanji akan membantu hamba-Nya yang tidak lupa berdoa kepadanya. Ya Allah, aku rindukan tarbiah itu. aku rindukan suasana di mana rakan2 akan mengingatkan sesuatu yang jiwa aku perlukan. close the eyes and feel the flow of surrounding. :)
teringat mimpi yg membuatkan aku terbangun di tengah malam sampai menangis seorang diri. menangis di hadapan ustazah dan ustaz, betapa aku takutkan mimpi itu. mimpi berada di sebuah tempat sempit yang dipenuhi dengan orang berjubah putih, bertudung labuh, berkopiah, tua muda, lelaki perempuan. tapi keadaan di tempat itu tidak terasa sempit malah terasa luasnya lapang melebihi dua padang bola. dan diri aku sendiri, memakai jubah putih dengan tudung labuh. sepertimana yang semua wanita Solehah idamkan, solehah dalam diri. TAPIIII.......aku takut. nilai sebuah tudung labuh itu terlalu tinggi. terlalu manis utk diri aku yang serba kekurangan ini. aku harapkan Allah terus membuka pintu hatiku utk terus istiqamah. insyaAllah. ;)
semoga Allah merahmati kalian jugak. insyaAllah.
Wasalam.
p/s; Happy Belated Birthday Ain Munirah Bt Kamarudin. Sorry, I couldnt call you. Terhilangkan ur phone number. :( sowyy..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment