YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

AKU

" Aku,

Bukanlah seorang penyanyi yang bisa menuturkan kata dengan menyanyi,

Bukan jua seorang komposer yang punyai abiliti utk menyuarakan isi hati,

Bukan seorang pelukis handalan yang punyai bakat yg mampu melakar sebuah lukisan tersirat,

Hanya punyai ayat dan tulisan, untuk ditulis, dibaca dan ditatap.

May Allah bless. "

Friday, April 25, 2014

Belajar-ku, Jihad-Ku!

Assalamualaikum wbt.



Sedang ketika saya sedang mengulangkaji pelajaran, saya dihampiri oleh seorang teman, melihatkan riak wajahnya yang kepenatan, saya dapat menjangka soalan beliau.

+Macam mana kalau penat nak study? Macam mana kau boleh continuously study?

Berikut adalah sesi-dipendeksimpulkan antara saya dengan kenalan saya. Tapi hakikatnya saya ni bukannya jenis rajin, banyaknya tidur dari study. *sobsobs*

Saya berfikir sejenak. Apa jawapan yang sebenar kepada persoalan kenalan saya itu.

Dan sesungguhnya saya mengambil masa yang lama untuk menjawab persoalan tersebut sebab saya sendiri tidak mengambil endah mengenainya. Ia menyentuh kepada tujuan asal ataupun akar umbi tujuan kita belajar. So basically, students mostly akan jawab either
"Aku study kerana Allah..." or " Aku nak balas balik jasa mak ayah aku..." or " Aku nak score dalam exam, nanti boleh bla bla blaa....."

Semuanya menjawab kepada persoalan, tapi bagi saya, jawapan yang mudah untuk sesuatu yang berat is kind of impossible.
Honestly said, saya pernah terfikir, study ni memang based on duniawi semata-mata ( kerana belajar sebab score exam and masuk universiti, graduate and kerja maka dapat gaji, boleh shopping sana sini), and apabila saya mendengar tazkirah pasal STUDY KERANA ALLAH, saya terfikir, bagaimana hakikatnya proses pembelajaran itu diasimilasikan dalam niat semata-mata kerana Allah SWT.

Easier said, saya tak suka buat esei karangan so I just pointed out the points and yet with some of descriptions (essay jugak ==")


 Tanggungjawab kita sebagai seorang anak terhadap kedua ibubapa.
(paling obvious la dan senang diterima pakai).
Hadith sendiri mengatakan bahawa redha Allah itu terletak pada redhanya ibu bapa terhadap anaknya. So redha parents sangat-sangat-sangatlaaaa penting. 

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya, “Redha Allah bergantung pada redha kedua-dua ibu bapa dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa”.  (Hadis Riwayat Hakim)

Adalah sangat penting bagi kita sebagai seorang anak mencuba sebaik mungin untuk membahagiakan ibubapa. And ibubapa ingin-kan anak-anaknya berjaya dalam pelajaran, kehidupan mereka. Oleh itu, mereka berusaha sedaya mampu untuk memberikan pendidikan yang terbaik buat anak-anak. and bila kita berjaya, bukankah itu menggembirakan hati mereka?

“Sesiapa yang membuat ibu dan bapanya gembira (memberi keredhaan), maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t”.  (Hadis Riwayat Bukhari)

Dan apabila mereka gembira, bukankah kita sudah melaksanakan suruhan Allah dengan mentaati dan mengembirakan hati ibubapa? secara tak langsung meperoleh keredhaan Allah, sesuatu sebagai seorang Muslim dambakan?
Think wisely. Our parents' hope are not just a plain hope, tersembunyi di sebaliknya adalah sebuah keredhaan Allah, Tuhan Yang Memberi Rahmat.
Teruskan usaha, demi menggembirakan hati ibubapa kalian. Demi mengejar redha Allah!
Jadilah belajar kerana ingin mengembirakan hati ibubapa, which is directly to Allah.


Kepentingan Ilmu dalam Pembangunan Sesebuah Masyarakat
(second obvious senang dicerna oleh otak) 
"....sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri....." [13;11]

Well said, semua orang akan, eh tak, memang kena belajar segala sejarah tamadun-tamadun semasa sekolah menengah. Ehem-ehem, I know Sejarah is kinda boring subjects to certain individuals tapi bagi saya, ia menarik, penuh dengan pengajaran dan keindahan. (Jiwang la pulak ==")

" Masyarakat yang melupakan sejarah, have a tendency to repeat it in the future" -quotes buku-Teks-sejarah
So, based on [13;11] and all the histories we learnt, ilmu itu sangat penting dalam menentukan tahap ketamadunan sebuah masyarakat. ingatkah kalian pada zaman kejatuhan Eropah? Masyarakatnya mengabaikan kepentingan ilmu dan hasilnya merudum ketamadun mereka, dan ketika itu zaman kegemilangan Islam. Para cendikiawan pada zaman itu sangat-sangat mencintai ilmu. Mereka berusaha bersungguh-sungguh demi sebuah ilmu. Ada yang sanggup menahan lapar deminya, ada yang curi-curi mendengar sesi pembelajaran kerana tidak berupaya dari segi kewangan, banyak cerita-cerita cendikiawan yang power and up for those interested. Google je. tak pom rajin kan kaki ke kedai buku/library.
Hasil ketekunan dan kesungguhan para pencinta Allah itu, tamadun Islam telah naik hingga menguasai 2/3 dunia. 

Konklusi-nya (takut boring dengar fakta sejarah, maaf saya seorang yang agak sedikit obses dgn sejarah),
sebagai seorang Muslim, kita mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan Islam, kita punyai tanggungjawab dalam mempertingkatkan teknologi dan sebagainya berlandaskan Islam. Ia Fardhu Kifayah. So bila kita belajar, dengan niat bila dah kerja nak jadi yang terbaik and yet try to help the communities dengan ilmu di dada, bukankah ia satu perjuangan untuk Islam? Tak semestinya communities yg kita tolong tu should be all Muslims, kita jugak tolong non-Muslims. 
Orang melihat apa yang kita lakukan, bukankah ia memartabatkan Islam? Kerana usaha kita, segala sangkaan negatif terhadap agama yang kita cintai dineutralise-kan? Mungkin tak banyak, mungkin tak besar tapi sekurang-kurangnya segelintir. 

Kita belajar-graduate and kerja bagus-bagus-tolong masyarakat or atleast shows a good attitude- Islam dipandang indah-Allah akan menolong orang yang menolong agama-Nya
So? Its directly towards Allah.

Setiap Yang Dilakukan Adalah Ibadat-JIHAD Seorang Hamba Allah

Setiapkali saya stay-up untuk mengulangkaji pelajaran, saya berdebat dengan diri sendiri,

"Amboiii, nak score exam punya pasal, sanggup tenguk Nescapee dua cawan study sepanjang malam tapi nak stay up buat Tahajud, hampeh la pulak." Nak termenangis setiap kali diri sendiri yang tegur kesalahan diri. Dahla minum Nescapee menganggu sistem badan, yang mana boleh merosakkan badan, kurniaan Allah sebagai amanah kepada hamba-Nya. Sedih.

Tapi hakikatnya, setiap apa yang kita lakukan, adalah satu bentuk ibadat kepada Allah SWT. Ibadat itu bukan sekadar solat, puasa, membaca al-Quran sambil memahami maksudnya, membayar zakat and etc. Belajar itu jua satu bentuk ibadat kepada Allah. 
Seorang ibu mengemas rumah. Itu satu ibadat. Seorang pemuda membuang halangan jalan laluan orang ramai, ia satu ibadat. Dengan syarat-ikhlas dan niat kerana Allah.
Kalian berusaha mengubah nasib kalian, kalian berusaha, having an eager to seek for knowledge in any kind of good-knowledge which able to bring an improvement to the communities. Itu satu bentuk jihad dalam diri kalian. Satu ibadat yang secara langsung mengalir pahala dalam diri kalian. (inshaAllah)
Setiap kali buka buku, baca doa dulu, baca Bismillah. 
"Ya Rabb, Tuhan yang Mengetahui Segalanya, sesungguhnya usaha ku ini hanya semata-mata kerana-Mu. Redhailah aku. Berkatilah aku."-niat dalam hati.

Kita mungkin tak diuji seperti mana saudara-saudara kita di Syria, Palestine, Afrika etc.
Mereka mengadai nyawa mempertahankan iman dan ketakwaan mereka. Jihad mereka secara fizikal, mental dan rohani. 
Tapi Jihad kita adalah menentang nafsu/keinginan hati kita sendiri.
Tengok orang duk tengok movies kat cinema, "ya Allah nak tengok cerita Superman-II, tapi banyak lagi chapters tak revise. ya Allah tahan diri, demi perjuangan mu dalam beribadat pada Allah. Belajarrrrr!!!"
Kita diberi pilihan samaada menggunakan peluang masa yang Allah berikan untuk belajar dan mengulangkaji bersungguh-sungguh. Tika ini segala usaha adalah berdasarkan kemahuan sendiri. Nak usaha extra ke nak usaha kut terbalik? Memang natijah nak belajar kena kuat, tempis segala nafsu bagai nak shopping ke ape ke demi nak belajar. 
Sekurang-kurangnya kita berusaha untuk berjaya. Allah melihat kepada usaha kita, bukannya hasil. Kita mempunyai kepentingan dalam memperjuangkan ketamadunan orang Islam. Kita mempunyai tanggungjawab untuk membahagiakan ibubapa kita. 

But yeah, our body still needs rest. Kalau takleh nak go on, get a rest. But if you really nak go on, just go as far as you could. Ingat! Allah memandang usaha! He knows everything. 


and here's some tips I learned from my friends.
kalau tetiba rasa otak penat, badan pun dah lesu, terus cepat-cepat amik wuduk and solat sunat dua rakaat or mengaji al-Quran. Bila kita penat, charge-charge negatif accumulate dalam diri kita, otak duk kasi signal yg dicatalyst oleh syaitan =penat.penat. online kejap. penat. penat. tidolah kejap. penat. penat. berhentilah belajar.=, reading the Quran and perform a prayer will neutralized all the negative charged!



Tepuk dada, tanya iman!
Tepuk dahi, sambung belajar nuhhh!

Jazakallah. This thread is seriously-random and spontaneous idea of mine. Segala kesempurnaan dan kelebihan datangnya dari Allah, dan segala kekurangan dan bad-side jua datang dari Allah sebagai peringatan bahawasanya saya hanya hamba Allah yang punyai kekurangan.

May Allah bless.
{0453/26042014}

No comments:

Post a Comment