YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

AKU

" Aku,

Bukanlah seorang penyanyi yang bisa menuturkan kata dengan menyanyi,

Bukan jua seorang komposer yang punyai abiliti utk menyuarakan isi hati,

Bukan seorang pelukis handalan yang punyai bakat yg mampu melakar sebuah lukisan tersirat,

Hanya punyai ayat dan tulisan, untuk ditulis, dibaca dan ditatap.

May Allah bless. "

Showing posts with label Perkongsian Hidayah. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian Hidayah. Show all posts

Wednesday, December 18, 2019

Persis Khaulah Al Azwar

"Kenapa akhawat kena physically strong? Kenapa dalam muwasafat tarbiyah, ada sihat tubuh badan? Akhawat rasa kenapa kita kena kuat?" - lontaran soalan dari penyampai tazkirah buat diri ini terkapai-kapai sebentar. Rasanya tiap kali talk, state of mind jadi terkapai-kapai jap sbb proses internalisation info yang kompleks sedang berlaku di otak, disertai kerut-kerut dahi. 

Main point sesi tazkirah ialah perihal srikandi yang tidak asing lagi dalam sejarah Islam. 

Khaulah al Azwar. 

Khaulah ini dari kecil dididik oleh ayahnya akan ilmu memanah dan berkuda. 
Jiwanya kuat. Seperti fizikalnya. Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. 

'Debut' Khaulah adalah sewaktu perang Yarmouk. 
Ya. Khaulah ditempatkan dalam team logistik dan medik. Rawat tentera Muslim yang cedera. Sampailah berita saudaranya Dhirar al Azwar ditawan oleh musuh. 

Kerana sayangnya pada saudaranya. Terus dicapai pedang dan berkuda, maju ke medan tempur tatkala tentera Islam hakikatnya sedang di ambang kekalahan menentang tentera Byzantine (Romawi). Skuad Rafe bin Umaira, melihatkan kemunculan " Pahlawan yang serba hitam penuh misteri ".  Khaulah pakai jubah, bertudung litup, menutup mukanya cukup memperlihatkan mata yang penuh semangat waja. 

Ketangkasan Khaulah ibarat 'suicide squad', tanpa gentar Khaulah menghunus pedang hinggakan pakaiannya penuh darah. Keberanian Khaulah membangkit semangat tentera Islam. Kemudian, tibalah skuad bantuan Khalid al Walid, menyaksikan kepahlawanan Khaulah. 

Saat Khalid bertanyakan perihal identitinya, Khaulah hanya diam dan meneruskan perjuangannya. Okay part ni best, bacalah dengan penuh perasaan:

“Wahai panglima. Aku tidak mengelak darimu kecuali kerana rasa malu terhadapmu. Anda seorang panglima besar, sedangkan aku wanita. Tetapi. Aku terpaksa melakukan ini kerana hatiku sakit dan marah.

Kagum dengan didikan Al Azwar, Khalid membenarkan Khaulah menyertai misi menyelamatkan saudaranya Dhirar al Azwar. 

Perang kedua yang highlight nama Khaulah adalah Perang Sahura, juga perang dengan tentera romawi. 

Tapi dalam perang ni, Khaulah pula yang tertawan oleh musuh. Team logistik dan medik ditawan oleh musuh dan diletakkan dalam khemah. Enggan dijadikan tawanan pihak kafir, Khaulah bangkit dengan strategi yang membuahkan hasil, bersama-sama dengan wanita lain, hanya menggunakan tiang dan tali khemah. 

Sebelah tangan menghunus tombak, sebelah lagi menghunus tiang khemah. 
Dan akhirnya bebas dari tawanan romawi. 
Hebat bukan? Terpegun seketika dengan kekuatan fizikal Khaulah. 

JUMP 2016 Peak District 


*******

Bukankah Malaysia masih aman? Tiada perang yang sedang berlaku (di Malaysia) yang memerlukan seorang akhawat memantapkan fizikal sepertinya perang bakal tercetus di waktu terdekat.

Lalu diri ini termenung. 
Scroll FB yang sedang hangat bercerita mengenai saudara Ughur. 
Kemudian Rohingya. 
Kemudian di India.

Belum lagi perihal Palestin dan Syria. 

Kita ini umat yang berbuih itu kah? Ramai tapi kekuatannya rapuh sekali. 
Ramai yang mengatakannya Islam, tapi perjuangannya perihal hawa nafsu dan tipu daya dunia. 

Dan teringat perkongsian dalam satu forum; 

Perihal seorang pelarian Syria. Sebelum tercetusnya perang yang bukan sekadar meruntuhkan bangunan, malah jiwa-jiwa yang tiada noda doa, dirinya seorang guru. 

Dalam hidupnya, tidak pernah disangkakan perang ini terjadi. Tak tersangka akhirnya diri sendirinya seorang pelarian. Dan kata-katanya yang membuatkan hati ini begitu terjentik;

" ..tidak aku sangka perang ini terjadi. Kerana segalanya normal.....Dan aku yakin, di Malaysia juga boleh terjadinya perang...." [simplified version] 

Yelah, Malaysia masih aman, pada hakikatnya Malaysia saban hari digemburkan lontaran idealogi-idealogi yang songsang dan permainan politik yang membuatkan rasa macam nak projectile vomiting. 
Dengan pentadbiran baru yang saban hari menyentuh sensitiviti agama dan kaum.

Berbalik pada persoalan asal; mengapa?
Tanya pada diri. 


MW

0000
191219
Home

Sunday, May 13, 2018

Semester III 4th Year: Ramadhan Datang Lagi

﷽

Kehangatan GE14 masih terasa, masakan tidak untuk kali pertama semenjak kemerdekaan Tanah Melayu, yang mengalami pelbagai perubahan dari segi segala struktur, bertukar kepimpinan.
.
Dan dalam keadaan tergesa-gesa jugak balik ke Penang, memandang cuti yang diumumkan tidak mampu mengatasi 'semangat' para lecturers yakni specialists untuk mengajar kami-kami yang kelak suatu hari menjadi protege mereka. 
Dan bagi diri Nazu sendiri, ruginya kalau asyik cuti. Bila nak belajar, bila nak tadah segala ilmu yang tak mampu dicari di mana-mana buku rujukan. 

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
.
Dan hujung minggu yang sudah dirancang untuk mengisi secara mentally dan rohani dengan persiapan menyambut Ramadhan Kareem. 


"O you who have believed, decreed upon you is fasting as it was decreed upon those before you that you may become righteous -" [2;183]

.
Terasa seperti masih belum mentally prepared, which means, masih belum dalam mode 100% untuk memecut ibadah dalam bulan Puasa. 
.
Selalu dengar, 
" Bulan puasa je baik? Bulan puasa je nak beribadat bersungguh-sungguh. Lepas puasa semua hilang."
I always heard of that. Even I heard it played many times inside my own head. Kadang-kadang wonder kat mana button stop replay. 
.
Kebetulan hari ni ada ijtima' am, dan ada forum pasal Ramadhan.
Dan ayat yang menyentuh hati; " Kenapa Ramadhan hanya sebulan dalam setahun? Supaya kita semua kembali kepada fitrah (kehambaan kepada-Nya) setelah berlelah sepanjang tahun."
And I was reflecting on myself, yang selalu kena admit bila time bulan Ramadhan.
Try imagine if bulan puasa tu dua/tiga bulan. Memang akan push myself to the limit. 
And I believe that Allah understands the need of us more than we understand ourselves. 
And He knows that we can fast throughout the month of Ramadhan.
.
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
.
Antara lontaran ahli panel sewaktu forum adalah; " Allah telah menurunkan perintah untuk berpuasa sebelum umat Nabi Muhammad lagi, tapi kenapa Allah perintah-kan umat Nabi Muhammad untuk berpuasa (wajib) sebulan di bulan Ramadhan?"
Mata yang sedang asyik memandang kunafeh dan baklawa di skrin iphone terus terangkat.
Kenapa? 
" Puan-puan, adik-adik sekalian, harus di sini kita memahami asbab Allah menjadikan puasa sebagai ibadat dan kelebihan bulan Ramadhan berbanding dengan bulan-bulan yang lain."

Antara hikmah-hikmah berpuasa di bulan Ramadhan
  1. Ketibaan Ramadhan disambut di seluruh pelusuk dunia secara serentak oleh umat Islam. Kesatuan hati dan niat tulus ikhlas ini dilakukan semata-mata untuk mengabdikan diri terhadap Allah SWT.
  2. Dengan diwajibkan berpuasa, umat Islam tidak kira yang miskin mahupun kaya, akan melalui ujian yang sama (kelaparan, dahaga, kepenatan etc). Dengan berpuasa, kita akan terasa insaf dan bertimbang rasa serta saling mengasihi antara satu sama lain.
  3. Amalan berpuasa melahirkan jiwa yang selalu taat kepada Allah, justeru kita akan merasai ketenangan dan ketakwaan. 
  4. Puasa itu sendiri separuh dari kesabaran. 
  5. Orang yang berpuasa lebih disayangi Allah, selamat daripada api neraka dan menghapuskan dosa-dosa kecil. 
  6. Kedatangan Ramadhan ada keistimewaannya, kerana dianjurkan solat terawih, di samping diwajibkan juga zakat fitrah ke atas golongan yang mampu. 
  7. Ketibaan Ramadhan menandakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai-kan syaitan. 
  8. Malam Nuzul al Quran (17th Ramadhan) merupakan saat penting al Quran diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pendoman manusia hingga ke akhir zaman. 
  9. Terdapatnya Lailatul Qadar, iaitu satu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkatan menyamai 1000 bulan (83 tahun 3 bulan) ganjaran pahalanya daripada Allah SWT.
* sumber dari Indahnya Hidup Bersyariat by Dato' Ismail Kamus
.
Pernah Nazu disoal, kalau syaitan dirantai kenapa masih ada orang berbuat jahat?
Masa kecik-kecik tak faham sangat tapi bila dah belajar ilmu agama. 
Baru faham, 
Untuk berbuat jahat; syaitan hanya selaku catalyst perlakuan/perbuatan tersebut. 
Reactants untuk perbuatan dosa itu, kelak jua nafsu dan kejahatan yang menguasai diri. 
Which literally means; kalau syaitan dirantai tak bermakna perbuatan jahat tu terhenti. 
Hakikatnya untuk kita berbuat jahat, kita sendiri akan mengisi jiwa jiwa kita dengan dengki, iri hati (contohnya) dan end up akan buat juga dosa, sekiranya benteng-benteng kita tak kukuh. 
.
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
.
Back to the discussion forum. 
Ustazah highlightkan lagi; " Apa pengakhiran sebuah Ramadhan yang patut kita capai?"

Taqwa.
Apa itu taqwa?
Benteng. Benteng iman dari segala bentuk ancaman akidah.
Terutamanya dunia yang makin tenat kini, dengan idealogi liberalisme, pluralisme, feminisme. 
.
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Sedikit inti pati forum yang ingin dikongsi. 
Terlalu banyak input yang cuba mendaftar masuk ke dalam minda, dan sedikit cuba diserap dalam hati, untuk diterjemah sebagai ibadah kelak.
Sesungguhnya Nazu juga hamba-Nya yang penuh kekurangan.
Semoga Allah kuatkan kita semua, untuk menjadi hamba-Nya yang soleh solehah.
Amin.
Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua

Wallahualam. 

Nazual Zulkepli
Georgetown.
2110130518.

Wednesday, July 6, 2016

Of Lemang and Rendang : #RamadhandiDublin

﷽

Semoga Allah berikan kekuatan untuk menyiapkan entry kali ini, menahan air mata supaya mask tak rosak.

Maka berakhirlah kembara RamadhandiDublin yang dilalui oleh seorang Nazual, tatkala Syawal menjelma meskipun tercetus drama epic di hari yang ke 29th Ramadhan. 

29th Ramadhan
Tercetus drama apabila pihak ICCI ( Islamic Culture Centre Ireland ) mengumumkan Aidilfitri jatuh hari Selasa, 5th July 2016 tapi pihak IFI ( Islamic Foundation Ireland ) annouce raya jatuh hari Rabu dek anak bulan tidak kelihatan.  Maka berbelah bahagilah pihak jemaah, mana satu nak ikut ni. Lastly, pihak Malaysia Hall annouce Solat Raya Aidilfitri akan diadakan hari Rabu. 
Maka semangat beraya yang dihapuskan sekelip mata sewaktu tengah menggoreng sandwich mackerel-coated with egg. 

Begitulah dramanya. 
Kembali semula kepada isi kandungan entry kali ini. 

" Tak penat ke puasa 19H? "
" Sempat ke nak makan banyak-banyak? " 

Sejujurnya ini kali pertama berpuasa sebulan jauh dari family, plus 19H of fasting! Before puasa start, adalah jugak practice, tapi alahai. Tak akan mampu, pastu duk having a doubt on upcoming Ramadhan. 
But yeah, 30 days of Ramadhan already passed. 

Banyak yang ini dicoretkan sewaktu berpuasa di bumi Eropah ini. Nak record video tapi Nazu takde camera nak recording etc. Plus I hate to look at my own's picture/videos. 
Jangan tanya kenapa. 
So I decide to write down slowly. 
Conclusion dari Ramadhan 1437H:

1. Time means nothing when you really carry out the obligations for sake of Allah SWT. 

19jam hakikatnya sekadar masa, tak terasa pun panjangnya. Tak terasa lapar except last minute nk dekat buka puasa. Dah mengadap makanan memanglah. Indeed, less food, less you feed your desire of eating and more time for ibadah. Ini adalah nikmat yang terindah yang Nazu appreciate sewaktu berpuasa di Dublin. 
Imagine, I have to make sure that  I stay awake starting from 9.30pm till 3.30am, everyday during Ramadhan. Within that period, buka puasa, solat Maghrib dan Isyak, terawih, Qiamullai, sahur and solat Subuh. Packed and not really have much time for other things. 
Tapi bila spend masa macam ni, mashaAllah fefeeling tu Ya Rabb best sangat. 
The root of our iman is ibadah, so bila kita banyak spend masa dengan beribadah which I believe only for sake of Allah, it so eternal and peaceful. 

2. Tarbiyah Ramadhan. Apa itu tarbiyah Ramadhan? Why would it be so special? Kenapa kena betul-betul fokus pasal ni? 
Kerana hakikat Ramadhan tu sendiri sebagai satu platform untuk kita berubah, being a better person by purifying our souls. Sebagai insan yang serba kekurangan dan terlalu banyak dosanya, Nazu merasakan bahawasanya Ramadhan is the best platform to get started. Since setan-setan semua kena ikat, yang tinggal hanyalah nafsu kita semata-mata, dan jin-jin yang dicipta oleh Allah. Masa ni kita boleh kenal pasti apa dan berapa banyak sebenarnya nafsu kita, gunakan segala kudrat, lawan dan lawan dan lawan. Dengan beribadah dan doa! 
Sebagai contohnya: Solat Sunat Malam.
Before puasa, punya lah kan susah nak bangun malam, tapi bila puasa kita automatic akan terbangun sebab tak nak miss sahur. Mula-mula start dengan atleast dua rakaat sunat Tahajud then keep progressing as time goes on. Mula-mula buat after sahur sambil-sambil nak tunggu Subuh, then kita bangun awal lagi untuk solat dulu baru then kita sahur. 
Bila dah raya, time changing akan adapt slowly kan, keep on that momentum. Kalau terbangun, terus solat sunat. Takde lah terus solat kan, berus gigi dulu, cuci muka dulu, ambil wuduk dulu lah kan. 
Tipu lah kalau kita always buat time Ramadhan, kita susah nak keep that momentum. 

Tarbiyah yang kita dapat time Ramadhan tu : Solat awal waktu, solat Sunat, solat Subuh berjemaah. Ini yang nak keep with us even after dah habis Ramadhan sampailah next Ramadhan. 
One of the hint nak success : Kita tak tahu pun kita ni sempat tak nak sambung Ramadhan next year. Kalau always ingat this phrase, inshaAllah we can make it. 

Hakikatnya banyak yang ingin dikongsi sewaktu menyambut Ramadhan di sini, meskipun sebak setiap kali call Ummy/Abah, setiap kali umi bercerita tentang gerainya di bazaar Ramadhan. 
Terlalu banyak yang mengajar diri ini tentang sebuah kehidupan. 
Terlalu banyak pengajaran yang dikutip, untuk dijadikan intan permata di masa hadapan kelak. 



Moga Allah kurniakan kudrat dan kekuatan untuk mencoret pengalaman Ramadhan di sini. 

Nazual Zulkepli
11607072016
Bayt al Insyirah

Tuesday, March 29, 2016

Of Summer Scent in Spring : Asiah The Queen

Saat kem komander minta discuss pasal nama group, kitaorang confuse nak pilih either Asiah atau tukang sikat rambut puteri Firaun, Mashitah.



Maka bermulalah saat membentangkan kisah masing-masing.
Mashitah yang syahid ditolak ke dalam api, bersama anak-anaknya termasuklah bayi yang masih kecil. Yang disaksikan oleh Asiah hinggakan Ratu Syahadah itu bangkit, menyatakan keimanannya pada Allah meskipun mengetahui nasibnya.

Hingga saat dirinya diseksa dalam penjara, dirotan dengan rantai. Sedangkan dia seorang permaisuri, yang dibesarkan dalam kemewahan, diseksa oleh suaminya sendiri. Bengang dengan Asiah yang masih mampu tersenyum meskipun dirontan dengan rantai, Firaun mengheretnya ke tepi bukit, dan dihina di hadapan anak-anak perempuan Firaun. Dan pengikut Firaun menjatuhkan batu ke atas jasad Ratu Syahadah itu, hingga berkecai. Saat mengetahui kematian itu begitu hampir, Asiah berdoa, agar Allah binakan istana di sisi Allah. Kalau ikutkan bahasa Arab, Asiah berdoa untuk dibangkitkan di sisi Allah, yakni menyakini kebahagian itu dari Allah then barulah Asiah maksudkan sebuah istana di syurga. Amazing right?



So we decide to proceed with Asiah, mengambil inti pati iktibar dari kisah seorang Ratu yang diseksa dan dibunuh oleh Sang suami yang dihina oleh Allah SWT.

Ironinya kisah Asiah dalam masyarakat kita sekarang bukan?
Begitu ramai wanita-wanita yang diseksa dan didera oleh para suami, kerana ketidakmampuan mereka untuk menjadi seorang ketua keluarga yang baik.

Saban hari, kita digemburkan dengan berita-berita sensasi di muka akhbar, dengan niat untuk melariskan jualan akhbar. Kerana keringnya adab-adab Islam dan ketimuran dalam masyarakat sekarang, untuk membezakan antara mengaibkan dan mengambil iktibar.

Mengaibkan individu tertentu, dengan beralasan untuk mengambil iktibar.

Diri ini terpegun, terkelu.
Apa tidak cukupkah al-Quran sebagai pemberi ingatan dalam kisah-kisah kaum terdahulu? Apa? Kita sudah maju, dan zaman sekarang sudah berbeza sekali dengan zaman terdahulu?

*Hentak meja* Sila ketuk kepala anda dengan sudip besi kat dapur tu, kalau takde boleh singgah kat mana-mana shopping mall, and ketuk sekuat yang mungkin. 

Tiada bezanya jahiliyah sekarang dengan suatu ketika dahulu. Terlalu dengan semangat assobiyah, memperdagangkan wanita dengan propaganda human rights konon, saban hari dengan berita anak-anak kecil yang tak berdosa yang dibunuh, anak-anak yang menjadi mangsa dera dan menemui ajal dalam jagaan ibubapa yang tidakperikemanusian. Perang di sana sini tanpa henti, dengan linangan air mata seorang ibu melihatkan anak kecilnya dibunuh.

DAN KAU KATA INI SEMUA DUNIA? 

Mendengar, melihat. Tapi sayangnya mereka itu yang pekak, yang buta dalam mengenal erti kehidupan.
Mereka melihat, bagaimana anak-anak kecil dibunuh.
Mereka mendengar rintih rayu wanita itu diseksa dan dibunuh.

Tapi sekadar di situ. Hanya sekadar air mata yang mengalir untuk saat itu.



Kisah Asiyah itu, bukan sekadar untuk membuktikan bahawa Firaun itu kejam bahkan kisah Asiyah itu ditujukan khas untuk wanita-wanita di luar sana. 
Andai kau diseksa, ketahuilah Asiyah itu seorang ratu yang diseksa dengan rantai besi.
Andai kau merintih nasib, ketahuilah Asiyah itu tetap tersenyum meskipun diseksa di khayalak ramai.

Yang membahagiakan itu, bukan dengan seorang manusia tapi dengan redhanya Tuhan. 
Berhentilah mengharap seorang putera yang digambarkan mereka-mereka dalam dogengan itu.
Sujudlah dan carilah bahagia dalam tangis sendu-mu pada Dia. 

Hentikan lamunan dan mimpi siangmu, 
Mulakan langkahmu menjadi seperti seorang Muslimah, 
Persis Asiyah Sang Ratu Syahadah atau Khaulah yang Gagah di medan perang,
Mahupun persis Aisyah, Khadijah, Syafiyah, Asma. 

Ayuh, dunia ini sudahnya sakit dengan kerosakan nafsu serakah manusia, 
Ayuh, andai tidak mampu mengubah dunia keseluruhnya,
Gerakkan langkahmu,
Sekurangnya kau bisa mengubah dunia generasi-generasi mu,
Pada Islam yang sebenar. 

Kerana aku juga sang pencari cinta,
Yang akhirnya ditemukan dalam kalam-Nya.

Nazual Zulkepli
2154290316

Wednesday, February 24, 2016

Manusia : Ciptaan Yang Serba Kekurangan

Setelah sekian lama.
Rasanya last time tengok is time form 4/5. Itu pun sebab member ajak.
Almaklumlah sekolah berasrama.
Time weekend je kerja mengadap movie dari pagi sampai ke malam.

1 Litre of Tears.

Kalau dulu, tengok time minat tak minat je Medic.
Actually bukan sebab minat, tapi melihatkan prestasi akademik masa tu, berkira-kirala jugak nak set dream to be a medical professional tu.
Kata orang ukur baju sendiri. Kih kih.

Tapi sekarang dah 2nd year medicine.
Dah 2nd sem dah pun. InshaAllah, next sem dah 3rd year.

Terasa sangat perbezaan bila tengok balik.

Cranial nerve physical examination.
Cerebral function, cerebellum etc etc etc.

Dan terlintas,

Suratul Al'Alaq. Verse 3-5.

"Recite, and your Lord is the most Generous -Who taught by the pen.Taught man that which he knew not."

Knowledge is so incredible. Feeling dia beza banyak.

Back to the topics.

The only thing cross in my mind while watching this drama is how limited we are humans.
Sangat lah banyak kekurangan.
Sangatlah cetek dalam ilmu meskipun tanya orang yang paling pandai dalam dunia.

Kenapa?

Contoh dalam cerita ni, Aya-chan ada spinocerebral diseases.
And one of scene is bila the most prominent doctor, no specialist of that particular diseases, cerita on how much he had spend his time, working up to find the cure of it.
Unfortunately still unable to find one.

Ironi kan.
Manusia selalu je duk cakap mereka mampu mengubah dunia. Mereka mampu itu dan ini.
Hakikatnya manusia itu tak mampu nak tukar takdir Tuhan.
Hakikat sehebat mana pun seorang manusia, mereka tetap tak akan mampu nak mencari kesempurnaan dunia.

What does it means with my sentences?

Percayalah, se-advance mana pun healthcare sistem yang kita dalam dunia ni, banyak penyakit yang tiada ubatnya.
Betul. Kerana seorang doktor itu bukannya Tuhan. Mereka hanya asbab yang Allah berikan kelebihan dalam mampunyai ilmu mengenai kesihatan.
Se-advance manapun teknologi yang kita ada, tak semestinya ia mampu merawat dan menyembuhkan segalanya.

Meskipun slow progressing disease but still, human took a longggg period of time in developing cure of a certain diseases. Even some are still with unknown aetiology.

Takkan mampu mereka mengubah takdir Allah.

"His command is only when He intends a thing that He says to it, "Be," and it is."
[ Yasin 36;82 ]

Yang hanya sesaat, bisa merubah dunia.

Hai manusia, sedarlah.
Kita hanya ciptaan yang punyai banyak limit.

" So exalted is He in whose hand is the realm of all things, and to Him you will be returned.'
[ Yasin 36;83 ]

Maka kembalilah kepada Dia.

Nazual Zulkepli
1146241216

Saturday, February 6, 2016

Rindukanlah Cinta-Nya

Cinta. 
Manifestasi cinta, adakah seperti yang digambar-kan dalam cetera-cetera itu?

Clinical Manifestation: 
- Angau, hampir 24 Jam teringatkan si 'jantung hati' hatta tengah solat sekalipun
- been adhered to the smartphone along the day (disaster)
- lecture notes last two weeks tak sempat nak revise lagi
- Al Quran pun dah jarang baca

Aetiology of this madness in love, have you ever wonder?
What and how actually it caused pathogenesis to the host? 

Kenapa ramai orang sibuk dan suka sangat berbicara tentang cinta?
Orang Barat, Timur hatta semua anak-anak Adam suka berbicara soal ini?
Indah sangat ke cinta tu sampai banyak cetera-cetera dongeng dan dram hatta movie yang bertemakan cinta. 

" Ya Habibi.."
Kadang-kadang sampai nak termuntah bila cuping telinga menangkap perkataan sedemikian. 

" Weiii, nak bercinta nak apa pun, privacy please. Jangan duk public sangat sampai nak bersayang-sayang kat tengah orang ramai ni. " - THIS. Tipu kalau tak pernah terlintas ayat ini okay? Ketuk dengan sudip besi kan. 

Paling worst bila duk kat negara yang konon-nya bertamadun dan berteknologi tinggi ini, scene kissing tepi jalan tu kalau terserempak or ternampak rasa nak tembak dengan M16 je kan? 
Tu baru kissing between normal couples, kalau terserempak yang couple gay or lesbian? 

Automatik doa, " Ya Allah, kaburkan mata aku kejap. Jauhkan aku dari bala sebagaimana Kau timpakan kaum Nabi Luth. "

End of this non-stop dramatic. 

Back to our questions. 
Aetiology and pathogenesis of this madness yang telah pun menjadi satu epidemic. 
Apa itu aetiology?

Aetiology

(1) As commonly used in medical practice, cause.
(2) A branch of knowledge concerned with the causes of particular phenomena; specifically, a branch of medical scienceconcerned with the causes and origins of diseases. This definition is rarely used in the working parlance.

- CP from online medical history. 

Senang cerita, penyebab kenapa kita jatuh cinta?

Habis tu pathogenesis?
Mechanism on how actually its affecting the host. Dalam case ini, bagaimana sebenarnya penyebab cinta menjadikan seseorang individu itu bisa meng-zahir-kan segala clinical manifestation di atas. 

My simplified answer for both. 
Aetiology : KURANGNYA keyakinan dan kebergantungan kita kepada Allah. 
Pathogenesis:
Sukar hakikatnya untuk dijelaskan. 
Hati. Segalanya bermula dengan hati. Dalam hati itu, sudah retak dengan buaian nafsu dan fitnah dunia. 

Analogi yang senang untuk difahami:
Katakan kita tengah dalam perjalanan ke bandar atas urusan yang penting : eg medical check up/urusan mahkamah/urusan pejabat etc. Bila dah sebut bandar ni kan, mesti for sure memang akan ada pasar raya/supermarket/mall. 
Kita pun, eh, alang-alang dah datang ni, singgah la kejap. WE MADE THE OPTION. 
Sama juga dengan fitnah dunia, hakikat dan jelasnya, memang dunia akan diperhiaskan dengan hiasan yang bisa menjerut manusia untuk melekat dekat dia. BUT, we made the option untuk melekat atau tidak. 
Tengah-tengah jalan dalam supermarket tu, ohhhh Pringles ada buat sales. Capai satu paket. Pergi kaunter, bayar. 
Dosa tu sama juga macam sales-sales kat supermarket. Sangat lah terlihat sebagai satu tarikan, sampai kita boleh terbuat dan terjebak dalam dosa. Alaaa, sikit je ni. InshaAllah boleh minta taubat lepas ni. 
Same goes to heart. 
How actually the pathogenesis starts deep in our heart, budding one by one. Alang-alang dah fitrah manusia itu berkasih, go for it. Alang-alang dah berkasih, biarlah sampai ke bintang kata sang pujangga. 
The small cracks, dalam kegagalan untuk menghayati dan mendalami diri dengan sifat-sifat Allah seterusnya menyakinkan diri pada kalimah La Illah. Hingga kita terjebak kepada madness of love yang hanya bersandarkan nafsu semata-mata. 

So apa kaitan manifestasi cinta ini dengan Cinta-Nya?

Suka untuk saya highlight prinsip yang sangat mendalam. 
Cinta dan tanggungjawab.
Mana bisa kita melakukan sesuatu dengan penuh bertanggungjawab tanpa cinta. 
Sebagai contoh di atas, kalau kita sukakan someone, kita tends to take care of that somebody. We appreciate every single things he/she done for/to us. Cause we knew he/she loves us too. 
Masakan bisa pokok bergoyang tanpa angin, 
Masakan bisa tangan berbunyi kalau hanya sebelah yang bertepuk. 
Kita, manusia adalah makhluk yang lemah. Tanpa cinta, hidup kita diibaratkan seperti robot. Hidup sekadar hidup, makan sekadar makan. 
Tanpa cinta dan tanggungjawab seorang ayah kepada isteri dan anak-anaknya, masakan bisa seorang ayah bertukung-lumus mencari rezeki buat mereka. 
Kerana tanggungjawabnya, dia bangkit dan mengagahkan diri setiap pagi untuk ke pejabat/berkerja. 
Kerana cintanya, dia sanggup mengorbankan segala kehendak dirinya untuk memastikan isteri dan anak-anaknya, segera pulang ke rumah, menatap wajah-wajah dicintainya. 
Tapi itu manifestasi cinta antara manusia dengan manusia. 
Manifestasi cinta kepada Allah itu, jauh lagi mendalam dan berbeza. 
Pernah kau rasa, saat kau sujud, hati terasa sangat tenang?
Pernah kau rasa, usai kau baca alQuran, segalanya terasa sangat tenteram?
Pagi hari, kau rasa segalanya dipermudahkan tatkala di malam hari tu kau bangun tahajud?
Cinta pada Allah itu bukan sekadar pada kata-kata tapi jua di-zahir-kan dalam bentuk ibadat dan kesungguhan dalam setiap sesuatu hanya kerana mengharapkan redha Dia. Paling sukar, men-zahir-kan cinta dalam hati. 
Solat itu kewajipan setiap Muslim, tapi tak semua mampu khusyuk dan ikhlas dalam melaksanakannya. 

Kita akan solat, sebab tu tanggungjawab, tapi sukar untuk kita ikhlaskan diri dalam manifestasi cinta dalam ibadat itu sendiri. 

Bagaimana pula dengan cinta Dia pada kita?
Setiap nikmat yang nikmati dari saat kita dalam kandungan ibu hingga saat sekarang, adalah rahmat yang Allah limpahkan kepada seluruh makhluk di muka bumi ini. 
Pernah dengar orang yang Allah cintai?

1. Orang yang Baik                        

“Dan Allah Mencintai orang yang berbuat kebaikan”
(Ali Imran 134)
 
2. Orang yang Bertakwa                

“Maka sungguh, Allah Mencintai orang-orang yang bertakwa.”
(Ali Imran 76)
 
3. Orang yang Bertaubat         


“Sungguh, Allah Menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri.”
(Al-Baqarah 222)
 
4. Orang yang Sabar 


“Dan Allah Mencintai orang-orang yang sabar.”
(Ali Imran 146)
 
5. Orang yang Bertawakal            

“Sungguh, Allah Mencintai orang yang bertawakal.”
(Ali Imran 159)
 
6. Orang yang Adil         


“Sesungguhnya Allah Menyukai orang-orang yang adil.”
(Al-Ma’idah 42)
 
7. Orang yang Berjihad di jalan Allah        

“Sesungguhnya Allah Mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.”
(Shaff 4)
 
 
8. Orang yang Bersih        

“Allah Menyukai orang-orang yang bersih.”
(At-Taubah 108)
Sumber : http://www.khazanahalquran.com/

Seperti yang ana katakan, Mana mungkin cinta itu terasa indah seandainya hanya sebelah pihak yang memanifestasikannya, ketahuilah bahawa Allah tersangat rindu mendengar rintihan hamba-Nya, yang mengharapkan redha-Nya dalam penuh rasa cinta pengharapan dan gentar pada Dia. Tidakkah kita rindu pada cinta Dia?Rindukanlah. 



1459060216
MW

Sunday, October 25, 2015

Winter Came, Autumn Gone part I

Assalamualaikum wbt.

This is just basically another rant of mine on my life.
So, I went this camp called ISOC 101, which is kind of like conference/daurah for all isocs in Ireland, organised by FOSIS Ireland. 

Alhamdulillah, I felt super grateful for all the chances that Allah blessed me with. 
I made friends from different countries and culture, but as one, Muslims. 
As I always joined programme arranged by Malaysians and participate by Malaysians, which share the same Mazhab, Mazhab Shafie, I just figure out and notice a few stuffs ( It's actually a lot, super a lot.). 

But in ISOC, I learnt to respect others' principle. 
We came from different countries and principle that we hold in Islam. 
Yes, we are Muslim but we have different interpretation on how we practice Islam in our daily life in term of a few stuffs.
I tell you, it honestly difference!

So from this camp, tho I prefer to called as conference as we only sit there and listen to all the presentation and talk, I point out them in points. 

1. Intention 

It is narrated on the authority of Amir al-Mu'minin (Leader of the Believers), Abu Hafs 'Umar bin al-Khattab (may Allah be pleased with him), who said: I heard the Messenger of Allah (peace be upon him), say:

"Actions are according to intentions, and everyone will get what was intended. Whoever migrates with an intention for Allah and His messenger, the migration will be for the sake of Allah and his Messenger. And whoever migrates for worldly gain or to marry a woman, then his migration will be for the sake of whatever he migrated for."

Related by Bukhari & Muslim
As Isoc representing the Muslim in the college/university or even as Muslim living in the community itself, we should regularly check our intention and purpose on our action. 
It is very important to justify our action so that we are not astray from the real and only intention :- attaining the pleasure of Al-Mighty for dunya and akhirah. 

So in every action we done, or about to do, we should remind ourselves on our sincere intention which might be only Allah and ourselves. 


2. Teamwork cooperation
This applies to each of organisation, regardless ISOC or so others Muslim association, teamwork cooperation is super important in working towards the same goals. 

Imagine, 
When you are about to start cooking. So everyone agree to bake a chocolate cake, and everyone need to find for specific ingredients. 
So we start to delegate the tasks to everyone, as we are concerned that everyone have different ingredients, so we find out what's actually they have. So, each person have different ingredients and each of them are important in order to bake a cake. 
Then, imagine if there are misunderstanding, 
Some would like to have just a sweet cake.
Some prefer less sweet cake.
Some even want it to be a very sweet cake. 
It's impossible to fulfil each of these request as we could only make A CAKE. 

What if all of us want the exact same taste of cake? It will be much easier. 

Same goes to teamwork.
Ingredients : Potential and role of each team members. 
Cake : goals
Taste of the cake : Cooperation between the members through the same vision. 

That's how I could express the importance of teamwork cooperation. 

3. Tarbiyah

This is very essential to everyone. Regardless you are part of committee or members of that particular association. 
WHY?
Cause the core of these is individual tarbiyah. 
I wouldn't highlight of these as it seriously need a better explanation on it. InshaAllah one day. ( Sambil-sambil revise balik nota-nota usrah,daurah dahulu kala )

4. SMART aim

S-Specific aim
M-Measurable aim
A-Attainable aim
R-Realistic aim
T-Timing aim 

Guys, this is a very superb tip shared by the presenter. MashaAllah it is super good and can be applied in every single goals even in individual goals. 

5. Golden Circle 

There are two golden circle I learned during this events:-
The ISOC's Role golden circle

People, they have this tendency to think of something out to inside. 
For example, planning an events.
lets decide to make a high tea events for sisters. Then from it, we started to continuously plan on it. The goals, vision etc. 

But honestly, as a Muslim, as a Believer of Allah swt,
we should put our intention/belief as the first. 
So, we should inside towards outside.

WHY -> HOW -> WHAT

So lets say, we would like to increase our knowledge on aqeedah, which is an essential elements of Islam for the sake of Al-Might. [ WHY ]
So, we start to work on it, we suggest that we might need a teacher/sheikh/specialist of aqeedah to come and give us the lessons on it. [ HOW ]
Lastly, we make a proposal to the student services on planning to have a class for aqeedah that called as Halaqah Class. [WHAT]

then we are also applied the SMART Aim tip on this. 


And

The Tarbiyah Golden Circle

I will just share a little of it, as I stated above, this need a further discussion (and revision lols!)
but basically it is just above

MYSELF -> Committee/Family -> Members/Community 

That's all for today sharing. 
I could stop myself to share it as I get excited over it lols. 

But here will be a reminder for me specifically,

" Allah have chose His servants on specific task on this world, just to worshipping Him alone. 
Having a position in any of association especially in association that evolve around dakwah and stuffs, is not something that we could proud of, its an AMANAH that Allah blessed on us, cause He believed we could make it and go through it and the most important, TO MAKE US A BETTER MUSLIM. "

Jazakallahu khair.

Nazual Zulkepli 
23:33 221015
Winter is coming, Autumn is leaving. 

Friday, October 31, 2014

Monologue Hati

Monologue mencari cinta Hakiki.

Dan aku penjamkan mata buat entah keberapa kali. Soal hati ini sesungguhnya menyeksakan jiwa. Dan banyak kali jua aku mempersoalkan ada benar apa yang aku lakukan ini?
Semoga apa yang dilakukan dalam redha Allah.
Dan sering kali jua aku ingatkan diri, andai sesuatu perkara itu betul, perasaan cinta pada Allah itu seharusnya menebal.
Alhamdulillah.
Kekuatan ini, bukan dari diri sendiri tapi dari Dia tatkala ia sangat menyesakkan diri dan melalaikan diri dari Allah. Sungguh benar kata-kata para ulama’, soal hati sangat bahaya. Bisa membawa kepada kemusnahan kerajaan dan negara.
Hatta kerana cintanya Zulaikha pada Yusuf, Yusuf rela dipenjarakan buat sekalian lama. 



Alhamdulillah, ia mengingatkan diri pada Yang Utama. 
Terasa beban melepas dari diri, walau selalu mempersoalkan kebenaran langkah itu. Tapi hati tu terasa sangat lapang. Seperti di padang bola. segala padang yg luas. Dan hati itu sering mengingatkan diri pada Dia.

 Semenjak hari itu,
Sering hati ini bertanya, 
“Apa hari ni Tuhan diingati?” Diri tersenyum. “Dan dicintai? Melebihi cintamu pada manusia-manusia?” Senyum jadi tawar seketika.

Baru tersedar, baru terbuka pintu hati. Setelah diketuk berkali-kali.
Cinta Allah itu terlalu agung dan tinggi. Maha Pengasih itu hanya lah Allah! dan yang kekal abadi itu hanya Allah! Jadi mengapa hatimu pada manusia yang akhirnya bakal dicerna tanah bumi? Yang memberi rasa cinta dan sayang itu jua Allah, maka mengapa kau dambakan kasih manusia yang mungkin ditarik oleh Allah?
Tidak wahai hati! Tiada pernah aku mengharap kasih manusia yang rapuh. Cukuplah Allah bagiku sebagai pemilik hati. Ingin sekali wahai hati, aku ingin menjadi tetamu-Nya di syurga kelak. Ingin sekali aku menerima senyuman dan bahagia dari Allah! 
Ingin sekali aku menjadi orang-orang yang terpilih dan orang-orang yang beriman! Sepertimana aku rasakan setiap kali aku menuturkan ayat-ayat cinta-Nya!

“Orang-orang terpilih.” getus hati. Terasa seperti menelan air liur dengan pasir.

Susahnya nak jadi orang-orang terpilih wahai hati. Tapi aku nak! Aku dambakan kasih-Nya!

“ Hidayah itu sudah di sisi. Sudah pun hampir. Laksanakanlah dengan bibirmu dan anggotamu. Dan jadilah kamu orang-orang yang disebut-sebut dalam AlQuran!” 

Dan bertambah kepedihan hati, apabila diingatkan kepada tujuan asal manusia itu dijadikan. Sebagai khalifah! 



This nasheed is really awesome and deep. 


Laju mutiara mata itu gugur membasahi pipi. Lalu bertanya sang hati,

“Dimanakah kamu selama ini wahai Nazual? Dimanakah kamu dalam melaksanakan tanggungjawab mu sebagai khalifah?”

Makin laju mengalir.

Aku hanyut dalam mengejar cita-cita. Hingga aku lupa pada khilaf-nya diri dalam mengingatkan soal khalifah.

Ya Rabb. Andai benar jalan yang dipilih, kuatkan hati dan tenteramkan lah jiwa. 

Alhamdulillah.
Monologue di bumi asing.

Saturday, October 18, 2014

Dunia Ibarat Hentian Bas

Assalamualaikum wbt,
Moga Allah memberkati dan dikurniakan rahmat dari Dia.



Ujian.
Semua orang tahu, hakikat sebuah ujian itu adalah untuk menaikkan darjat kita di sisi Allah.
Dalam dunia serba modern dan kepelbagai bentuk rupa kesenangan kemenangan kesedihan peperangan ini hakikatnya adalah UJIAN.
Ujian itu ibarat kata seperti peperiksaan.
Makin tinggi level/darjat sesuatu ujian itu, makin susah soalan dan benda yang harus dipelajarinya.
UPSR: Okay la. Tak susah. Setakat A B C D.
PMR: Alamak kena tulis essay panjang? Mak oiiii. Tapi Takpe, baca la sikit-skit.
SPM: Okay, kalau essay bahasa boleh guna ayat puitis berbunga, ni essay bio. adeh.
Alevel/IB/Asasi: Dah macam hundreds times je tahap kesusahan dia tu compared to SPM. Stress.
Degree: Tak sempat revise, baca notes dah nangis. SUSAHNYAAAAA
Ibarat kata.
Kenapa makin susah? Sebab darjat die makin up up and up. Same goes to ujian dalam kehidupan seharian.

Kita selalu melihat ujian dari Allah swt itu adalah kesusahan, hakikatnya kesusahan dan kesenangan kedua-duanya adalah ujian dari Tuhan.
Kita selalunya waktu susah, sakitnya pedih dan derita, membuatkan kita lebih memilih untuk mencari Dia, dan memohon kepada-Nya. Sebab? Kita tahu manusia sangatlah powerless berbanding Dia, yang Memiliki Kekuasaan mengatasi segala makhluk ciptaanNya dan Dia jualah pemilik kerajaan langit dan bumi.
Tetapi apabila senang, kecenderungan untuk mencari Allah itu tak seperti di waktu susah. Kerana? Hati itu disumbatkan dgn kesenangan. Dan ibaratnya seperti waktu kenyang, nampak katil dan krozzz. Lebih kurang demikian.
Walau hakikatnya kita tahu Allah sentiasa di sisi kita, bahkan lebih dekat berbanding dgn diri kita sendiri. Dan manusia itu sendiri bersifat pelupa.
Maka sentiasalah ingat kepada diri sendiri bahwasanya dunia ini hanya lah persinggahan sementara. Ibaratnya kita seorang perantau. Kita dalam perjalanan menuju ke destinasi dan kita stop kejap kat bus stop, secantik mana sekalipun, seindah mana sekalipun bus stop, kita tetap kena teruskan perjalanan. Ada ke orang sanggup tak nak naik bas meneruskan perjalanan ke kampung halaman sebab GM station tu lawa and ad cool blog? Mestilah tak. Lagi excited nak naik bas cepat-cepat sebab nak balik tu adalah. Same goes to this perjalanan. Tapi perjalanan ini bukan kita yang pilih untuk diteruskan atau tidak, tetapi ia adalah perancangan Tuhan.
Konklusi:
Dunia ini hakikatnya sekadar persinggahan yang menjanjikan beribu ujian dalam pelbagai bentuk. Selalu lah update dan ingatkan diri bahawasanya apa jua yang kita lalui pada hari ini adalah ujian dari Tuhan dalam perjalanan menjadi mukmin yang sejati.

Allah cakap,
" O you who have believed, seek help through patience and prayer. Indeed, Allah is with the patient.And do not say about those who are killed in the way of Allah , "They are dead." Rather, they are alive, but you perceive [it] not.And We will surely test you with something of fear and hunger and a loss of wealth and lives and fruits, but give good tidings to the patient,Who, when disaster strikes them, say, "Indeed we belong to Allah , and indeed to Him we will return."Those are the ones upon whom are blessings from their Lord and mercy. And it is those who are the [rightly] guided." [2;153-157]

" Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah berserta orang-orang yang sabar. Dan janganlah kamu mengatakan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah (mereka) telah mati. Sebenarnya (mereka) hidup tetapi kamu tidak menyedarinya. Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata, "Innalillahi wa inna ilaihi raji'un (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali). Mereka itulah orang yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk" [2;153-157]

Tell me,
anyone yang tak happy menjadi orang-orang yang mendapat petunjuk?
Ya Rabbi, menjadi orang yang Allah highlight dalam Ayat-Ayat Cinta-Nya adalah hadiah yang sangat menggembirakan. Tu belum kira dapat jumpa Allah SWT.

Maka,
ingat jadi seperti orang yang dihighlight (sebagai orang-orang yang beriman dan orang-orang yang mendapat petunjuk),
Jadilah kalian orang yang berbahagia,
yakni orang yang apabila diuji, hanya Allah di hati, di bibir dan di dalam setiap perlakuan.
Easy said, orang yang hatinya, mulutnya dan perlakuannya hanya semata-mata untuk Allah SWT in every single aspect of life.

Wasalam. :)