Maka bermulalah saat membentangkan kisah masing-masing.
Mashitah yang syahid ditolak ke dalam api, bersama anak-anaknya termasuklah bayi yang masih kecil. Yang disaksikan oleh Asiah hinggakan Ratu Syahadah itu bangkit, menyatakan keimanannya pada Allah meskipun mengetahui nasibnya.
Hingga saat dirinya diseksa dalam penjara, dirotan dengan rantai. Sedangkan dia seorang permaisuri, yang dibesarkan dalam kemewahan, diseksa oleh suaminya sendiri. Bengang dengan Asiah yang masih mampu tersenyum meskipun dirontan dengan rantai, Firaun mengheretnya ke tepi bukit, dan dihina di hadapan anak-anak perempuan Firaun. Dan pengikut Firaun menjatuhkan batu ke atas jasad Ratu Syahadah itu, hingga berkecai. Saat mengetahui kematian itu begitu hampir, Asiah berdoa, agar Allah binakan istana di sisi Allah. Kalau ikutkan bahasa Arab, Asiah berdoa untuk dibangkitkan di sisi Allah, yakni menyakini kebahagian itu dari Allah then barulah Asiah maksudkan sebuah istana di syurga. Amazing right?
So we decide to proceed with Asiah, mengambil inti pati iktibar dari kisah seorang Ratu yang diseksa dan dibunuh oleh Sang suami yang dihina oleh Allah SWT.
Ironinya kisah Asiah dalam masyarakat kita sekarang bukan?
Begitu ramai wanita-wanita yang diseksa dan didera oleh para suami, kerana ketidakmampuan mereka untuk menjadi seorang ketua keluarga yang baik.
Saban hari, kita digemburkan dengan berita-berita sensasi di muka akhbar, dengan niat untuk melariskan jualan akhbar. Kerana keringnya adab-adab Islam dan ketimuran dalam masyarakat sekarang, untuk membezakan antara mengaibkan dan mengambil iktibar.
Mengaibkan individu tertentu, dengan beralasan untuk mengambil iktibar.
Diri ini terpegun, terkelu.
Apa tidak cukupkah al-Quran sebagai pemberi ingatan dalam kisah-kisah kaum terdahulu? Apa? Kita sudah maju, dan zaman sekarang sudah berbeza sekali dengan zaman terdahulu?
*Hentak meja* Sila ketuk kepala anda dengan sudip besi kat dapur tu, kalau takde boleh singgah kat mana-mana shopping mall, and ketuk sekuat yang mungkin.
Tiada bezanya jahiliyah sekarang dengan suatu ketika dahulu. Terlalu dengan semangat assobiyah, memperdagangkan wanita dengan propaganda human rights konon, saban hari dengan berita anak-anak kecil yang tak berdosa yang dibunuh, anak-anak yang menjadi mangsa dera dan menemui ajal dalam jagaan ibubapa yang tidakperikemanusian. Perang di sana sini tanpa henti, dengan linangan air mata seorang ibu melihatkan anak kecilnya dibunuh.
DAN KAU KATA INI SEMUA DUNIA?
Mendengar, melihat. Tapi sayangnya mereka itu yang pekak, yang buta dalam mengenal erti kehidupan.
Mereka melihat, bagaimana anak-anak kecil dibunuh.
Mereka mendengar rintih rayu wanita itu diseksa dan dibunuh.
Tapi sekadar di situ. Hanya sekadar air mata yang mengalir untuk saat itu.
Kisah Asiyah itu, bukan sekadar untuk membuktikan bahawa Firaun itu kejam bahkan kisah Asiyah itu ditujukan khas untuk wanita-wanita di luar sana.
Andai kau diseksa, ketahuilah Asiyah itu seorang ratu yang diseksa dengan rantai besi.
Andai kau merintih nasib, ketahuilah Asiyah itu tetap tersenyum meskipun diseksa di khayalak ramai.
Yang membahagiakan itu, bukan dengan seorang manusia tapi dengan redhanya Tuhan.
Berhentilah mengharap seorang putera yang digambarkan mereka-mereka dalam dogengan itu.
Sujudlah dan carilah bahagia dalam tangis sendu-mu pada Dia.
Hentikan lamunan dan mimpi siangmu,
Mulakan langkahmu menjadi seperti seorang Muslimah,
Persis Asiyah Sang Ratu Syahadah atau Khaulah yang Gagah di medan perang,
Mahupun persis Aisyah, Khadijah, Syafiyah, Asma.
Ayuh, dunia ini sudahnya sakit dengan kerosakan nafsu serakah manusia,
Ayuh, andai tidak mampu mengubah dunia keseluruhnya,
Gerakkan langkahmu,
Sekurangnya kau bisa mengubah dunia generasi-generasi mu,
Pada Islam yang sebenar.
Kerana aku juga sang pencari cinta,
Yang akhirnya ditemukan dalam kalam-Nya.
Nazual Zulkepli
2154290316
No comments:
Post a Comment