Nazual cuba untuk comfort-kan diri sendiri. Setelah banyak kali failed. Regardless efforts done,I appeared, still heartless and unable to sort that feeling.
Not that particular feeling folks, but this trembling feeling of fighting within my own self.
Dan Kak Tim, saya laksanakan tugasan saya di sini.
Saya tak mampu nak share semasa sesi sharing, dek kekurangan saya dalam menyusun ayat untuk berkata-kata. Dan saya dah start ada aura nak pitam.
To be honest, saya sebenarnya berat hati nak join jaulah. Saya nak study.
Kenapa?
Bila dah faham erti tarbiyah, setiap daie seharusnya bangun, dan terus memecut untuk kejar, menjadi yang terbaik untuk Allah. Sebagai bukti dan tiket ke syurga-Nya.
Tapi saya, masih keliru. Masih belum memecut bahkan masih belum memulakan langkah. Mungkin sebab itu, saya suka pergi gym. Cubaan untuk membakar semangat, supaya terus pecut dalam jalan tarbiyah.
Saya berpegang pada keyakinan, " Setiap yang terjadi adalah ketentuan yang terbaik dari Allah, bahkan sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar urusan. "
Hatta, partner time dalam kereta pun, Allah put in the right one. Walaupun saya seorang co-driver failed sampaikan takde pun member percayakan saya.
I memorised the road well tho.
Alhamdulillah, one of the beautiful memories.
Clifden- Castle Demesne.
Laksana sebuah ketamadunan,
Tinggalan batu-batu yang tiada pemilik,
Diluarnya utuh bahkan tersergam indah,
Dikelilingan bukit dan lautan Atlantik,
Tapi hakikatnya,
Dalam-mu rapuh dan hancur tiada yang kekal.
Meski kau masih tersergam,
Tapi hanya sekadar tinggal kenangan,
Dalam setiap inci pembinaanmu,
Dalam setiap inci teguh-mu,
Aku pasti banyak yang terkorban jiwa dan harta.
Apa kelak nanti, negaraku kan begitu?
Teguh dan megah di persada dunia dengan keduniaan,
Tapi hakikatya penghuninya runtuh dan kosong?
Dan pandangan pada mu hanya mengingatkan aku pada Islam terdahulu,
Apa begini kah Islam yang tinggal di bumi yang satu ketika dahulu,
Diterangi dengan cahaya Islam?
Saat sampai di hadapan istana tinggalan ini, one of my thoughts are Spain. Begini kah perasaan saat melihat Islam di sana yang hanya tinggal kenangan? Masih belum sempat menjejak-kan kaki ke bumi Spain. Mungkin bila Allah berikan kesempatan dan rezeki.
How could this inspire me to change the world?
Saya tersenyum sumbing tatkala baca Whatsapps dari akhawat T ni. Masih membeku dengan monopod dan selfie.
Mungkin mengubah dunia tu, too ambitious dan non-realistic? Thats my honest opinion. Tapi tangan yang menghayun buaian boleh mengoncang dunia bukan? Usaha yang sedikit mungkin berbukit-bukit later on?
And as previous post, everything start with niat. Untuk ikhlaskan diri, kena ada kefahaman. Untuk faham kena menghayati,
So everything start with 'menghayati' setiap lakaran sejarah dan belajar darinya. One of the sumber yang memang tak ada salah silapnya, al Quran.
Kan?
Kylemore.
Its not really romance story tho. Okay lah, bagi orang yang suka lovely dovely ni, akan cakap sweet bila cerita pasal Kylemore but for me. Hmm.
Define love afterall.
Kalau setakat nak bahagia kat atas dunia ni or bahagia yang tiada makna, its useless.
Kylemore. Taj Mahal. Eiffel Tower.
So ever countless, bukti cinta manusia pada manusia, hingga mendirikan arca peringatan.
Same goes to lovely couples, kalau betul sayang, beli itu beli ini.
I wouldn't say that's wrong.
Sapa tak suka kalau ada orang berikan bunga, walaupun dapat bunga sebab random act of kindness from a girl zaman Taylors dulu, gembira macam dapat dari boyfriend.
Okay, back to the topic.
Tapi cinta Allah tu tak menjanjikan arca, bangunan cantik.
Bahkan penuh dengan onak duri dan air mata. Cinta Allah tu lagi indah dari segala bangunan dan seangkatan dengannya. Rasa bahagia meski dalam kekurangan.
It's too beautiful to put it in words.
Mengubah dunia. Mungkin hanya mampu mengubah dunia sendiri buat saat ini, but we never know the future ahead.
Appreciate His love by giving more and spread it as much as we could.
Kalau dah suka dengan something, tak kan nak tamak sorang-sorang. Kenalah share kat semua.
Third and last.
Yang sedikit itu lebih terasa nikmatnya ukhwah. -Ukhti K
Kita dicipta dengan pelbagai jenis tanah.
Kita tercipta dengan pelbagai kerenah dan rupa.
Kita tercipta untuk saling melengkapi,
Bukan untuk berlumba menjadi yang terbaik dan mendabik dada.
For sincerely accepting me,
Thank you.
For sincerely advising me,
Thank you.
For sincerely made me smiling,
Thank you.
For sincerely wipe my tears,
Thank you.
For sincerely take care of me,
Thank you.
For not waking me up while I looked too tired,
Thank you.
For always be with me,
Thank you,
Akhawats.
Semoga sentiasa diredhai.
Dearest akhawat Ireland.
1722130316
No comments:
Post a Comment