Dan sementara menunggu subuh tiba, semampu yang mungkin, teguk air masak dengan sebanyaknya. Lapar boleh tahan, inshaAllah milo dah kasi kaw-kaw glucose punya stok dalam badan. ( Harapnya lah). Sampai tahap dah rasa bloated dengan air kosong. Lepas solat subuh, terpaksa letak minyak angin sebab perut kembung dan start meragam tak tentu hala.
Maka, terpaksa lah berjaga untuk sejam lebih, untuk memoptimumkan segala digestion makanan yang dimakan time moreh and sahur.
10 mlm : Buka puasa
1 pagi : Moreh
2.15 pagi : Sahur
Mencabar puasa 19H ni, temptation dia kat air kosong pergh. Tak nak dehydrated or hypo time puasa, tak pepasal kena admitted ward. ( Worst nightmare, lagi worst dari duk mimpi pasal results exam)
Maka selepas perut dah okay, barulah tidur. Tidur bila langit dah cerah kot. Bangun-bangun pun lagilah langit cerah.
Maka hari ini, Nazu fokus kepada tafsir surah al-Fajr. Anyone nak go through boleh klik from here: Tafsirzilal Surah al Fajr
Sampai ayat 27-30.
" Wahai jiwa yang tenang!
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan kepuasan dan mendapat keredhaan-Nya.
Dengan kepuasan dan mendapat keredhaan dari-Nya.
Dan silalah masuk ke dalam kumpulan para hamba kesayangan-Ku.
Dan silalah masuk ke dalam Syurga-Ku."
Sampai ke lubuk hati terasa. Bukan perasan like I am the one (jiwa yang tenang).
Terasa sebab, kita ni pernah ke jiwa tenang?
Simple conclusion from these ayah:
Jiwa yang tenang = dapat redha Allah = hamba kesayangan-Nya = masuk syurga.
Kita pernah ke tenang jiwa?
Kita bukan ke selalu risau pasal dunia?
Sampai terlupa yang menciptakan itu Allah.
Kadang-kadang kita overconfident, rasa macam duk bawah spotlight tahap confident tu.
Tapi kita lupa, Allah boleh tukar outcome.
And in the beginning of the surah, sangat menyentuh hati.
Pernah stay kat luar time sunrise? Lepas solat subuh, nak bajet jiwang-jiwang sikit. Keluar rumah and baca mathurat/al Quran sambil tengok sunrise?
Dia punya feeling tu mashaAllah, rasa nak ulang-ulang feeling tu.
Tenang. Comfort. Peaceful.
Try once, forever akan ingat. Kitaorang dulu kalau kem kat luar sekolah, mesti cari tepi pantai. Pastu solat subuh berjemaah tepi pantai. Sambil zikir sambil tengok sunrise ramai-ramai.
And once you feel it, cepat-cepat buka surah al Fajr. Baca and fahami the content of it.
Sebut pasal jiwa yang tenang, tersentuh pulak pasal ciri-ciri orang-orang yang beriman.
Teringat, solat malam terjaga tak?
Kalau dah bangun and dah solat, terasa tak nikmat solat tu ke hati?
Menangis tak masa berdoa, minta Allah jadikan kita sebagai hamba-Nya yang bertaqwa?
Bila dah siap doa semua tu, hati tu terasa 'basah' tak? Jiwa tu rasa tenang tak?
Those things keep playing around my head.
8th Ramadan 1437H
South Circular Road, Dublin 8.
No comments:
Post a Comment