﷽
Semoga Allah berikan kekuatan untuk menyiapkan entry kali ini, menahan air mata supaya mask tak rosak.
Maka berakhirlah kembara RamadhandiDublin yang dilalui oleh seorang Nazual, tatkala Syawal menjelma meskipun tercetus drama epic di hari yang ke 29th Ramadhan.
29th Ramadhan
Tercetus drama apabila pihak ICCI ( Islamic Culture Centre Ireland ) mengumumkan Aidilfitri jatuh hari Selasa, 5th July 2016 tapi pihak IFI ( Islamic Foundation Ireland ) annouce raya jatuh hari Rabu dek anak bulan tidak kelihatan. Maka berbelah bahagilah pihak jemaah, mana satu nak ikut ni. Lastly, pihak Malaysia Hall annouce Solat Raya Aidilfitri akan diadakan hari Rabu.
Maka semangat beraya yang dihapuskan sekelip mata sewaktu tengah menggoreng sandwich mackerel-coated with egg.
Begitulah dramanya.
Kembali semula kepada isi kandungan entry kali ini.
" Tak penat ke puasa 19H? "
" Sempat ke nak makan banyak-banyak? "
Sejujurnya ini kali pertama berpuasa sebulan jauh dari family, plus 19H of fasting! Before puasa start, adalah jugak practice, tapi alahai. Tak akan mampu, pastu duk having a doubt on upcoming Ramadhan.
But yeah, 30 days of Ramadhan already passed.
Banyak yang ini dicoretkan sewaktu berpuasa di bumi Eropah ini. Nak record video tapi Nazu takde camera nak recording etc. Plus I hate to look at my own's picture/videos.
Jangan tanya kenapa.
So I decide to write down slowly.
Conclusion dari Ramadhan 1437H:
1. Time means nothing when you really carry out the obligations for sake of Allah SWT.
19jam hakikatnya sekadar masa, tak terasa pun panjangnya. Tak terasa lapar except last minute nk dekat buka puasa. Dah mengadap makanan memanglah. Indeed, less food, less you feed your desire of eating and more time for ibadah. Ini adalah nikmat yang terindah yang Nazu appreciate sewaktu berpuasa di Dublin.
Imagine, I have to make sure that I stay awake starting from 9.30pm till 3.30am, everyday during Ramadhan. Within that period, buka puasa, solat Maghrib dan Isyak, terawih, Qiamullai, sahur and solat Subuh. Packed and not really have much time for other things.
Tapi bila spend masa macam ni, mashaAllah fefeeling tu Ya Rabb best sangat.
The root of our iman is ibadah, so bila kita banyak spend masa dengan beribadah which I believe only for sake of Allah, it so eternal and peaceful.
2. Tarbiyah Ramadhan. Apa itu tarbiyah Ramadhan? Why would it be so special? Kenapa kena betul-betul fokus pasal ni?
Kerana hakikat Ramadhan tu sendiri sebagai satu platform untuk kita berubah, being a better person by purifying our souls. Sebagai insan yang serba kekurangan dan terlalu banyak dosanya, Nazu merasakan bahawasanya Ramadhan is the best platform to get started. Since setan-setan semua kena ikat, yang tinggal hanyalah nafsu kita semata-mata, dan jin-jin yang dicipta oleh Allah. Masa ni kita boleh kenal pasti apa dan berapa banyak sebenarnya nafsu kita, gunakan segala kudrat, lawan dan lawan dan lawan. Dengan beribadah dan doa!
Sebagai contohnya: Solat Sunat Malam.
Before puasa, punya lah kan susah nak bangun malam, tapi bila puasa kita automatic akan terbangun sebab tak nak miss sahur. Mula-mula start dengan atleast dua rakaat sunat Tahajud then keep progressing as time goes on. Mula-mula buat after sahur sambil-sambil nak tunggu Subuh, then kita bangun awal lagi untuk solat dulu baru then kita sahur.
Bila dah raya, time changing akan adapt slowly kan, keep on that momentum. Kalau terbangun, terus solat sunat. Takde lah terus solat kan, berus gigi dulu, cuci muka dulu, ambil wuduk dulu lah kan.
Tipu lah kalau kita always buat time Ramadhan, kita susah nak keep that momentum.
Tarbiyah yang kita dapat time Ramadhan tu : Solat awal waktu, solat Sunat, solat Subuh berjemaah. Ini yang nak keep with us even after dah habis Ramadhan sampailah next Ramadhan.
One of the hint nak success : Kita tak tahu pun kita ni sempat tak nak sambung Ramadhan next year. Kalau always ingat this phrase, inshaAllah we can make it.
Hakikatnya banyak yang ingin dikongsi sewaktu menyambut Ramadhan di sini, meskipun sebak setiap kali call Ummy/Abah, setiap kali umi bercerita tentang gerainya di bazaar Ramadhan.
Terlalu banyak yang mengajar diri ini tentang sebuah kehidupan.
Terlalu banyak pengajaran yang dikutip, untuk dijadikan intan permata di masa hadapan kelak.
Moga Allah kurniakan kudrat dan kekuatan untuk mencoret pengalaman Ramadhan di sini.
Nazual Zulkepli
11607072016
Bayt al Insyirah
No comments:
Post a Comment