YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

AKU

" Aku,

Bukanlah seorang penyanyi yang bisa menuturkan kata dengan menyanyi,

Bukan jua seorang komposer yang punyai abiliti utk menyuarakan isi hati,

Bukan seorang pelukis handalan yang punyai bakat yg mampu melakar sebuah lukisan tersirat,

Hanya punyai ayat dan tulisan, untuk ditulis, dibaca dan ditatap.

May Allah bless. "

Wednesday, December 18, 2019

Persis Khaulah Al Azwar

"Kenapa akhawat kena physically strong? Kenapa dalam muwasafat tarbiyah, ada sihat tubuh badan? Akhawat rasa kenapa kita kena kuat?" - lontaran soalan dari penyampai tazkirah buat diri ini terkapai-kapai sebentar. Rasanya tiap kali talk, state of mind jadi terkapai-kapai jap sbb proses internalisation info yang kompleks sedang berlaku di otak, disertai kerut-kerut dahi. 

Main point sesi tazkirah ialah perihal srikandi yang tidak asing lagi dalam sejarah Islam. 

Khaulah al Azwar. 

Khaulah ini dari kecil dididik oleh ayahnya akan ilmu memanah dan berkuda. 
Jiwanya kuat. Seperti fizikalnya. Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. 

'Debut' Khaulah adalah sewaktu perang Yarmouk. 
Ya. Khaulah ditempatkan dalam team logistik dan medik. Rawat tentera Muslim yang cedera. Sampailah berita saudaranya Dhirar al Azwar ditawan oleh musuh. 

Kerana sayangnya pada saudaranya. Terus dicapai pedang dan berkuda, maju ke medan tempur tatkala tentera Islam hakikatnya sedang di ambang kekalahan menentang tentera Byzantine (Romawi). Skuad Rafe bin Umaira, melihatkan kemunculan " Pahlawan yang serba hitam penuh misteri ".  Khaulah pakai jubah, bertudung litup, menutup mukanya cukup memperlihatkan mata yang penuh semangat waja. 

Ketangkasan Khaulah ibarat 'suicide squad', tanpa gentar Khaulah menghunus pedang hinggakan pakaiannya penuh darah. Keberanian Khaulah membangkit semangat tentera Islam. Kemudian, tibalah skuad bantuan Khalid al Walid, menyaksikan kepahlawanan Khaulah. 

Saat Khalid bertanyakan perihal identitinya, Khaulah hanya diam dan meneruskan perjuangannya. Okay part ni best, bacalah dengan penuh perasaan:

“Wahai panglima. Aku tidak mengelak darimu kecuali kerana rasa malu terhadapmu. Anda seorang panglima besar, sedangkan aku wanita. Tetapi. Aku terpaksa melakukan ini kerana hatiku sakit dan marah.

Kagum dengan didikan Al Azwar, Khalid membenarkan Khaulah menyertai misi menyelamatkan saudaranya Dhirar al Azwar. 

Perang kedua yang highlight nama Khaulah adalah Perang Sahura, juga perang dengan tentera romawi. 

Tapi dalam perang ni, Khaulah pula yang tertawan oleh musuh. Team logistik dan medik ditawan oleh musuh dan diletakkan dalam khemah. Enggan dijadikan tawanan pihak kafir, Khaulah bangkit dengan strategi yang membuahkan hasil, bersama-sama dengan wanita lain, hanya menggunakan tiang dan tali khemah. 

Sebelah tangan menghunus tombak, sebelah lagi menghunus tiang khemah. 
Dan akhirnya bebas dari tawanan romawi. 
Hebat bukan? Terpegun seketika dengan kekuatan fizikal Khaulah. 

JUMP 2016 Peak District 


*******

Bukankah Malaysia masih aman? Tiada perang yang sedang berlaku (di Malaysia) yang memerlukan seorang akhawat memantapkan fizikal sepertinya perang bakal tercetus di waktu terdekat.

Lalu diri ini termenung. 
Scroll FB yang sedang hangat bercerita mengenai saudara Ughur. 
Kemudian Rohingya. 
Kemudian di India.

Belum lagi perihal Palestin dan Syria. 

Kita ini umat yang berbuih itu kah? Ramai tapi kekuatannya rapuh sekali. 
Ramai yang mengatakannya Islam, tapi perjuangannya perihal hawa nafsu dan tipu daya dunia. 

Dan teringat perkongsian dalam satu forum; 

Perihal seorang pelarian Syria. Sebelum tercetusnya perang yang bukan sekadar meruntuhkan bangunan, malah jiwa-jiwa yang tiada noda doa, dirinya seorang guru. 

Dalam hidupnya, tidak pernah disangkakan perang ini terjadi. Tak tersangka akhirnya diri sendirinya seorang pelarian. Dan kata-katanya yang membuatkan hati ini begitu terjentik;

" ..tidak aku sangka perang ini terjadi. Kerana segalanya normal.....Dan aku yakin, di Malaysia juga boleh terjadinya perang...." [simplified version] 

Yelah, Malaysia masih aman, pada hakikatnya Malaysia saban hari digemburkan lontaran idealogi-idealogi yang songsang dan permainan politik yang membuatkan rasa macam nak projectile vomiting. 
Dengan pentadbiran baru yang saban hari menyentuh sensitiviti agama dan kaum.

Berbalik pada persoalan asal; mengapa?
Tanya pada diri. 


MW

0000
191219
Home

No comments:

Post a Comment