YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

AKU

" Aku,

Bukanlah seorang penyanyi yang bisa menuturkan kata dengan menyanyi,

Bukan jua seorang komposer yang punyai abiliti utk menyuarakan isi hati,

Bukan seorang pelukis handalan yang punyai bakat yg mampu melakar sebuah lukisan tersirat,

Hanya punyai ayat dan tulisan, untuk ditulis, dibaca dan ditatap.

May Allah bless. "

Thursday, May 15, 2014

KuMerindui Para Pendidik Serikandi Sekalian!

Saya bukanlah pelajar yg baik, muka yang kena denda tiap2 pagi sebab lewat rollcall, sayalah.
"Lari round 20 kali keliling dataran!" dengan baju kurung sekolah? Mak oih memang lemah semangat pepagi buta nih.
"Muka sama je tiap-tiap hari!" Saya dengar tu ustazah. Sobs sobs sambil berlari.

Tapi nakal-nakal saya, sampai cikgu bengang, cikgu-cikgu tetap doakan saya. Cikgu tetap layan saya kalau soalan bertalu-talu. Cikgu tetap benarkan saya masuk kelas walaupun tahu saya selalu 'lesap' bawah meja.

"Awak malu sebab awak tak siapkan kerja sekolah atau malu kena denda?" Saya malu sebab dah buat cikgu bimbang. *dalam hati jelah*

"Sapo hok gagal dapat A, gi jale itik kat kolam ikei tu. Beratur!" Kuik kuik kuik disertai gelakan dari senior. 'Padah main-main dalam kelas' *dlm hati*

Dan hari ini, Tuhan aku rindukan para pendidik ini. Aku rindu mendengar tazkirah mereka dalam kelas. Aku rindu mereka meluahkan rasa sayang mereka pada anak didik dengan cara yang tersendiri. Aku rindu untuk menjenguk muka-muka mereka. Penuh dengan pengharapan buat generasi masa hadapan.

Duhai pendidik-pendidik bangsa sekalian, mungkin masa menghalang kita bertemu, mungkin jarak jua menjadi penjarak, tapi ketahuilah doa saya untuk kalian tidak pernah terluntur. Kerana doa kalian, hari ini, saya mampu berdiri, melihat dunia dari kaca mata yang berbeza.

Moga Allah merahmati 'ibu-ibu' dan 'ayah-ayah' sekalian.
Selamat Hari Guru!

Yang Merindui,
Serikandi Bumi SMSPP.




No comments:

Post a Comment