Duhai hati,
Mengapa susah untuk kau menerima?
Mengapa susahkan dirimu merindui yang tak menghargai?
Mengapa mencintai yang Haram?
Tidakkah engkau takut seksanya balasan Tuhan?
Duhai hati,
Aku faham betapa kau mencintai dia,
Tapi hati, itu semua mencalitkan dosa buat aku.
Tidakkah engkau sedih melihat tuanmu ini dibakar di neraka
Jahanam?
Tidakkah kau akan rasa bahagia bila Allah menyatukan dengan
dia di syurga?
Duhai hati,
Bersabarlah demi zat Allah,
Demi Kekuasaan Allah.
Leraikan dia dari kamu, bebaskan dirimu dari dosa pembawa
kemusnahan .
Demi tuanmu ini duhai hati, lupakan dia buat selamanya,
Walau kutahu cintamu bukan berlandaskan dunia.
(MuslimahWarrior.2013)
Ya, memang aku akui, perkara yang paling susah untuk dikawal
adalah hati. Kita tak boleh nak paksa seseorang sukakan kita or paksa diri kita
sukakan orang. Apa yang dapat saya definasikan cinta bagi mereka-mereka yang muda
seperti saya, (ehh) is more towards having someone to love and care you like
your family. Perghh, hebatnya cinta jika demikian. Tapi sayang, banyaknya
berlandaskan,
“I suka dia sebab dia handsome/ade lesung batu dalam kat
tepi bibir/rambut dia mcm Lee Min Ho”
Tak kurangya,
“I suka dia sebab dia solehah/pandai bergaya/macam Jeniffer
Lopez/muka menawan macam kucing”
Ade jugak yang mengatakan cinta mereka berlandaskan islamik.
Perghh mantap. Hadis mana hang baca? Bawa sikit ke depan.
Islam tak menghalang manusia untuk bercinta tapi biarlah ia
berlandas dengan hakikat yang betul. Kalau dah rasa tak tahan kalau tak
bergayut sehari tu, better get married la. Tiada guna berchenta cintu, berhabis
masa dan duit tapi akhirnya cinta ke perkuburan hati jugak. Membazir membazir.
Jadilah seperti Saidina Ali RA dan Fatimah Az-Zahra. Bagaimana
cinta mereka berputik dan bagaimana mereka menahan diri, mengangkat kedua-dua
belah tangan mengadap Illahi, meminta pertolongan dari Illahi. Akhirnya? Mereka
diijabkabulkan dan menjadi teladan seluruh umat Islam. Kukuhnya cinta mereka
kerana berpaksikan pada Allah.
Cehh, mulut senang kan nak berkata. Hakikatnya bukan senang.
Aku sendiri pun tengah terkapai-kapai, sampai tahap termenangis. Tapi apa boleh
buat? Berdoa sahaja pada Illahi. Kuatkan hati.
Regards.
No comments:
Post a Comment