YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

AKU

" Aku,

Bukanlah seorang penyanyi yang bisa menuturkan kata dengan menyanyi,

Bukan jua seorang komposer yang punyai abiliti utk menyuarakan isi hati,

Bukan seorang pelukis handalan yang punyai bakat yg mampu melakar sebuah lukisan tersirat,

Hanya punyai ayat dan tulisan, untuk ditulis, dibaca dan ditatap.

May Allah bless. "

Wednesday, June 19, 2013

First Man Of My Heart

Assalamualaikum,
after all that happens, even it tooo late but still Happy Father's Day Abah!
Kakak love abah soooo much.
Sorry for the delayed post. even it's break but yeah, non-stop activities.

So, here, for my lovelly abah,

Abah,
dari sekecil tapak tangan hingga dah besar sekarang,
jasamu kelak diingat dan dikerah dalam ingatan memori,
pesanmu kelak menjadi teladan dalam hidup,
kata-katamu kelak menjadi kata-kata pembakar semangat.

Abah,
masih segar dalam ingatan tika waktu diri ini masih hingusan,
kasihmu masih segar terasa walau bertahun meninggalkan waktu,
masih terkenang saat kecil,
salah kakak dikau tegur dengan tegas,
dan ajaranmu agar kakak menjadi anak yang solehah.

Abah,
susahmu membesarkan kami bertiga di waktu itu,
tulang empat kerat dikerah sedaya yang mampu,
kehulu kehilir sempadan Golok hingga ke Cameron Highlands,
hanya sekadar mencari kesenangan buat kami,
dan masih segar dalam ingatan ini,
tatkala mengikut abah dan umi ke Golok,
menaiki bot dan giant trolley,
seronok.
Swadeeee~

Abah,
masih jua dalam ingatan tatkala nyawamu dihujung jari,
gara-gara gagal mencari penawar,
akibat patukan ular,
abah terlantar,
andai Allah menarik nyawa abah waktu itu,
mungkinkah anak-anak kecil itu berdiri sebagaimana sekarang?

Abah,
masih segar jua ingatan tatkala umi melahirkan adik,
tabahnya abah berulang alik ke hospital,
biar berpenat lelah tapi tetap melayani kami,
seusai pulang dari hospital,
biar tidur tak cukup gara-gara FIFA 2002,
dah masih terasa masakan abah,
meskipun hanya ikan goreng. :D

Abah,
masih ingatkah kereta berkipas mini itu,
mengingatkan waktu itu,
cukup membasahkan pipi ini,
saat itu mula bertunas cinta pada bumi kelahiran abah,
hingga kan masih segar kini.

Abah,
terima kasih buat segalanya,
kalau bukan kerana abah,
tak mungkin kakak berubah jadi sebegini,
kebanggaan seorang ayah,
anak gadis yang bersopan santun.
di sini kakak menghulur sejuta maaf,
kerana kegagalan mengawal tingkah laku di waktu lampau.

Abah,
terima kasih atas segala kasih yang abah berikan,
terima kasih atas segala ajaran yang ditujukan,
terima kasih atas segala jasa yang dicurahkan,
biar pahit hempedu melanda yang lalu,
harapnya abah tidak melupakan segala yang terukir di masa lalu,
biar pahit dikenang membunuh jiwa.

Kelak abah jadi the first man in my heart till one day.
insyaAllah.

Kebanggaan abah; kakak, angah, uda, adik.

No comments:

Post a Comment