Random silence of memories. Rewinds.
Its happened in the past. Seriously dah lama, even before I finished my As exam.
Masa tu powerbank tak berapa mana nak famous, so mcm cetek sikit on how to survive when your battery tgh jammed.
That time, I was on my way nak balik Besut, naik bas Ekpress Perdana. And masa nak naik bas tu dah rasa malapetaka bakal menimpal tatkal battery dah start fluctuate. Kejap ada, kejap takdak.
And yeap, nightmares come. Even dah matikan phone utk save battery, it's not helping at all. Sampai kat pekan Jerteh, nak text umi dah sampai Jerteh, which is around 15minutes nak sampai Kg Raja. Memang selalu mcm tu sbb umi tak nak kasi tunggu. Bahaya katanya. Tapi sayang, pagi tu tak sempat nak send mesej terus phone senyap. And bertambah malapetaka bas tersampai awal dari kebiasaan. Around 4.45am dah sampai.
Pak Cik Bas drop kat depan masjid Kg Raja, mcm biasa. Tapi takdak passenger lain pun yang turun sekali masa tu. So duduklah sensorang. Nak masuk masjid, gelap gelita. Dalam 20minutes, duduk macam batu hiasan depan masjid. Takdak kereta ke teksi pun lalu. So I decided to walk to Pasar, cari public phone. Pasar tu lebih kurang 150m from masjid. Masa otw, terdengar bunyi org bercakap tapi buat pekak jelah. Sampai pasar, public phone tak jadi, Hampeh bebenor. Apa guna public phone tp rosak. Nak tunggu kat pasar, kesian pulak klu ummi tunggu depan masjid, so I decided to walk back to the masjid.
Dan malapetaka pun muncul otw nak ke masjid. Entah dari mana, sekumpulan mat rempit keluar and block jalan. 'Disaster muncul.'dalam hati. Tambah2 masa tu hangat kat area Besut budak-budak jadi mangsa rogol. Bertambah tahap disaster, tetiba ade kereta stop betul-betul kat tepi Nazu. Siap buka pintu passenger sebelah driver. ''Malaikat' dari langit mana pulak muncul ni'-monolog. And masa tu dah nak terkeluar air mata sambil duk baca segala ayatul kursi and segala surah yang terlintas dalam otak. Sampai satu tahap Nazu berdoa,
" Tuhan, aku tahu aku banyak dosa, aku tahu aku bukan orang baik. Tapi berilah aku kesempatan. Sekurang-kurangnya ummi tak susah hati. Sekurang-kurangnya ummi tak rasa bersalah. Aku tak sanggup tinggalkan dunia ni dlm keadaan aib. Aku tak sanggup bertemu dgn-Mu dalam kehinaan. Dan sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung dan yg Maha Berkuasa."-sambil memeluk tafsir alQuran.
Its happened approximately dalam a few minutes.
Dan dengan kekuasan-Nya, rahmat-Nya, secara tetiba kereta tu berlalu. Dan mat rempit tu beri laluan kat Nazu. So tanpa berlengah, Nazu terus jalan ke masjid.
Dan masa tu masjid dah ada a few peeps, so Nazu masuk masjid and charge phone. After solat subuh, lepas beri salam, adik Nazu, Nazu Jr baru nak masuk masjid cari Nazu. Terus Nazu peluk adik. 'Tuhan lindungi aku!'-jerit hati.
Teringat pengisian usrah Mawarddah, kak Nadrah selalu pesan,
"Tatkala hati sepenuhnya mengharapkan bantuan Allah, sepenuh hati, dan Allah pun akan turunkan bantuan."
Moral of the story.
Prepare la powerbank yg jual kat kedai nuh. Takleh nak beli yg mahal, beli yang murah cukup. and prepare la jugak 'powerbank' doa. Setiap kali nak keluar rumah niatlah kerana Allah. Sesungguhnya powerbank yakni bantuan Tuhan itu lagi superpower dari buatan manusia.
"Dan nikmat Tuhanmu yang manakah ingin kau dustakan?"-ArRahman.
Wednesday, May 28, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment