Moga Allah kuatkan diri,
Kuatkan iman,
Kuatkan jiwa dari penyesalan dan kesengsaraan yang sekadar dunia semata-mata.
Another day left before the commence date of RCSI September intake 2014.
The eyes are getting sore,
The tears flew like a river.
Everyday. Everynight. Everyseconds.
Hi! Assalamualaikum wbt,
Hari ini genap dalam sejarah, air mata tak henti-henti tumpah mengharap kasih simpati dari Sang Tuhan.
Tapi hamba lemah ini tiada daya untuk menolak takdir Sang Pencipta.
Maka sang hamba ini cuba bangun, gagah berdiri teguh dalam meniti kesakitan yang tiada terlihat pada pandangan mata.
Walau hakikatnya dia hanya rebah kembali bersama tangis yang tiada tanda untuk berhenti.
Sudah puas dipujuk, sudah penat lelah menahan sakit.
Sampai ketika jiwa sang hamba itu kosong membawa diri hingga membawa pada tangis bonda.
Derhaka kah hamba? Kerana menahan rasa pedih dan sakit pada dada hati sendiri? Dan hanya meluahkan pada Sang Dia yang Maha Mendengar?
Bukan tak sudi berkongsi rasa pedih,
Bukan tak ingin meluahkan sengsara,
Cukuplah Allah tempat hamba mengadu, bukan pada manusia.
Yang akhirnya tiada apa-apa melainkan Dia!
Pandangan sepi pada surat tawaran, selalunya dengan air mata.
wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment