Bismillah.
Rasanya dah bertahun. Tapi rasanya seperti baru beberapa saat ditanya sedemikian.
" Awak ni kenapa eh? Solat tak tinggal, alQuran selalu baca tapi perangai awak macam ni?" gelora amarah boleh dilihat dari anak mata si empunya suara.
Dan sampai sekarang sakit hati tu mashaAllah. Punya la duk pujuk diri sendiri supaya memaafkan 'dia'.
Awak.
Setelah sekian lama, ingin sekali saya menjawab persoalan awak tempoh hari. Setelah sekian lama memujuk diri tidak tenggelam dalam amarah kerana ketajaman kata-kata awak tempoh hari meninggalkan luka dalam yang masih belum sembuh.
Kerana.
Setiap orang mempunyai pandangan dan perspective yang berbeza, membuktikan betapa agung kekuasaan Allah swt. Menciptakan manusia dari tanah yang berbeza yang membawa kepada perwatakan, rupa wajah, warna kulit yang berbeza. SubhanaAllah.
Dari segi perspective awak, awak melihat dan menilai manusia-manusia yang alim itu sifatnya lemah-lembut, baik budi bicara. Dan bila Allah takdirkan kita berjumpa, awak terkejut.
Awak,
Manusia itu Allah jadikan jua dengan kekurangan. Kita manusia, bukannya malaikat. Tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk kita enggan berubah ke arah yang lebih baik.
There're always room for perfection tho we knew that it could never be perfect.
Sebagaimana orang sekeliling menerima awak seadanya, begitu juga awak kena terima orang lain seadanya. You couldn't force to like and be like you, even though you're such a perfect individual.
Kita selalu meletakkan kayu ukur mengikut citarasa kita dan melontarkan kata-kata dengan suara hati. Tapi kita lupa yang kita sendiri kekurangan, bermaksud, mungkin jua kayu ukur kita itu tidak sempurna.
Easy said, don't be judgemental towards people around you when you knew nothing about them.
" Wehhhh, tengok minah tu. MashaAllah. Dan pakai tudung tapi pakai baju baby. Tak menutup aurat dengan sempurna. BERDOSA!"
Ini adalah contoh-contoh yang sangat sinonim dalam masyarakat kita. Terjatuh kerusi sekejap.
Awak,
Kalau setakat jumpa waktu tengah shopping, recheck balik iman awak.
Positive minded sikit.
Mungkin di sebalik pemakaian minah tu, dia sedang struggle untuk menjadi muslimah yang terbaik. Sebelum ini, dia mungkin freehair dan sedang mencuba mencari kekuatan diri untuk istiqamah.
Sebagaimana seorang bayi belajar untuk berdiri dan berjalan, mengambil masa yang lama bukan?
Menjadi seorang muslim yang istiqamah jua mengambil masa.
Easy and steady. Bahkan Allah suka pada yang istiqamah meskipun sedikit.
Masyarakat kita terlalu banyak negative charge dalam diri. Mudah sangat prejudis terhadap manusia yang lain. Dan meletakkan hanya diri kita yang benar dan betul.
Kita tak layak menilai dosa pahala seseorang kerana kebatasan kita sebagai manusia yang tidak sempurna. Hanya Allah swt yang layak menilainya.
Akhir kata, marilah sama-sama struggle untuk menjadi yang terbaik di pandangan Tuhan, bukannya pada manusia.
Dan kepada awak = sidang readers sekalian.
Be positive and keep iman bold!
Jazakallah.
Nazual Zulkepli
0009
300815
Saturday, August 29, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment