YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

AKU

" Aku,

Bukanlah seorang penyanyi yang bisa menuturkan kata dengan menyanyi,

Bukan jua seorang komposer yang punyai abiliti utk menyuarakan isi hati,

Bukan seorang pelukis handalan yang punyai bakat yg mampu melakar sebuah lukisan tersirat,

Hanya punyai ayat dan tulisan, untuk ditulis, dibaca dan ditatap.

May Allah bless. "

Friday, October 7, 2016

Running Tarbiyyahman


Matahari masih terik, meskipun suhu dah menurun hingga boleh sampai tahap mengigil dengan hanya memakai jumper. 

Dah autumn. 

" Cer teka akak punya favourite season? " which answered by myself (Weirdo Nazual), " Autumn..." masih memandang langit yang makin cerah. 
Pagi yang indah, bila bangun awal dan sempat breakfast, dan sempat kejar bas untuk ke hospital. 

Itu erti bahagia di pagi hari buat seorang Nazual, yang semakin hari semakin sibuk dengan urusan dunia yang entah nak usung bawa ke mana. Yang semakin hari semakin rasa terbeban dengan segala sesi pembelajaran yang semakin cramp, padahal sejujurnya dia gembira kerana dia seorang yang suka-kan benda yang complicated yang memerlukan dia membaca dan membaca. 

Tapi jiwanya terasa kosong. 
Jiwanya semakin serabut dengan kepelbagaian variasi dugaan yang datang bertimpa-timpa. Dan macbook kesayangan akhirnya menamatkan khidmatnya setelah mati lemas dalam air masak yang tumpah dari botol air pink comel yang seringkali rasa nak buang tiap kali teringat pasal laptop rosak. 

Lantas dia memutuskan hubungannya dengan dunia. 
Not feeling being herself.
Not feeling being somebody she loved to. 
Not feeling talkative as she always did. 
Shunt everything and keep everything by herself. 

Sampailah saat, akhirnya Allah menjawab doanya. 
Dengan cara yang tersangat halus dan membahagiakan. 

Perihal al Qareed dan Surah al Hadid ayat 12-16. 
Dah dia temui apa yang dirinduinya. 

A desire to pleased her Lord. 
A desire to enter His paradise. 
A fear of His punishment and hell fire. 

Lalu dia bernurkilah ( which is her favourite way of expressing her thought), 

Pernahkan jiwa bergantung dan tiada bernyawa?
Saat kau sujud di setiap solat,
Tapi jiwamu terasa kosong,
Dan kau rasakan dunia ini terlalu sempit dan memenatkan?
Lalu tanyalah jiwa,
Tanya isi hatimu yang paling dalam yakni imanmu, 
Bilakah kali terakhir aku bertahajud?
Bilakah kali terakhir aku bertahajud dengan jiwa seorang hamba?
Bilakah kali terakhir aku bertahajud dengan jiwa seorang hamba yang hanya mengharapkan redha-Nya?
Bilakah kali terakhir aku bertahajud dengan jiwa seorang hamba yang hanya mengharapkan redha-Nya dengan butiran air mata yang penuh keinsafan dan keikhlasan?

Pandang masih menghala ke arah luar jendela. 
Dedaun mula menguning. 
Dan mula gugur jatuh ke bumi. 

Bila pulak dosa kita nak gugur ye. #ehh

' ....An autumn, that will always be a pleasure for me as there is always an autumn in my heart....'

Wallahualam. 

0306081016
Nazual Zulkepli 

Semoga tautan iman itu lagi kukuh dari nafsu pada dunia 

No comments:

Post a Comment