Salam and regards to all. May Allah bless all of u, wherever
you are.
Subhanallah, I’m still can have a life. Alhamdulillah Allah.
Alhamdulillah. May Allah bless all of us.
I’m just losing someone that I love much. He’s special. Too
special in this tiny heart. If other said the only man that never hurt a girl
is her father but me, the man that never hurt me is my Abah and my Ayah. Ayah is my granny, Ummy’s dad.
Why so soon. Why so soon? Kenapa cepat sangat ayah
tinggalkan kakak? Kakak tak masuk university pun lagi. Ayah janji nak tunggu
sampai kakak habis belajar. Ayah dah janji nak tunggu kakak jadi doctor so that
I could treat u. but why so soon ayah leave me?
Orang boleh cakap, “ Kau sedih macam ko sorang ade atuk.”
Yeah. I have the only atuk yang orang yang tak akan ada. Seorang atuk yang
sanggup korbankan segala-galanya utk cucunya. As his only granddaughter, I’m
the close one to him. Sayalah cucu yang arwah sayangi, lebih dari yang lain.
Kata-kata arwah yang sering meruntum jiwa saya, “ Kakaklah
satu-satunya penawar duka ayah.”
Masih segar, dan masih terasa pelukan erat arwah, waktu saya
masih kecil, berumur 5 tahun. Arwah mengambil saya dr rumah umi, arwah nak jaga
saya yang tengah deman. Masih terasa arwah mendukung saya, menjaga saya. Sampai
saya sembuh.
Dan masa abah menganggur, kami adalah petani miskin yang
kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Di tanah ayah, kami usahakan
pelbagai jenis tanaman. Untuk dijual. Dan hiburan untuk cucu-cucunya, ayah
buatkan ‘kereta kabel’ dan buaian. Seronok naik ‘kereta kabel’ ayah. Paling aku
tak boleh tak ingat, masa abah naik, kabel tu jatuh sebab overload.
Ayah ada ladang sawit yang sangat luas. Di situlah tempat
aku bermain. Di situlah tempat aku membesar. Dan ladang itulah sumber rezeki
kami sekeluarga. Dan lading itulah mengajar kami erti kesusahan. Dan ladang
itulah yang mendewasakan kami. Sekarang ladang tu dh dijual. Dijual semata-mata
ayah nak belikan kereta supaya dia boleh ulang alik melawat kami.
Tanyalah pada diri, masih adakah seorang datuk yang kurang
sihat memandu lebih dari 3 jam semata-mata nak melawat saya di asrama? Dimana
saya boleh jumpa pengganti arwah? Tak akan ada yang sama dengan arwah. Masa ummi dan abah tinggal kat Bangi, ayahlah
yang selalu ulang-alik datang ke sekolah.
Pernah sekali ayah datang wakil umi abah untuk program temu mesra
ibubapa dan cikgu. Walau tak larat, ayah tetap nak datang. Masih dapat kulihat
kerutan kebimbangan di wajahnya. Cucu ayah selamat kat sekolah ayah. Cucu ayah dah terlindung sari musibah hanya
dengan doa ayah.
Masa tu jugak adik aku, Nazuha belajar kat MRSM Kuantan.
Ayahlah yang pegi balik ambil dia. Hari khamis datang Pasir Puteh, ambil aku.
Keesokkan harinya, datang ambil angah kat Kuantan. Then, drive straight ke
Bangi. Ayah rindukan cucunya yang dua lagi. Uda dan adik. Walaupun penat, tapi
ayah puas hati, dapat jumpa semua cucu-cucu dia. Kami jarang pulang ke kampong
dek abah selalu sibuk dengan kerjanya. Tiap-tiap minggu ayah call ummi, Tanya
khabar adik dan uda. Aku dan angah pun jarang call. Tapi dalam seminggu tu
selalu la call.
Aku tahu ayah keletihan memandu. Tapi aku tak pandai
memandu. Aku tak ada lessen memandu. Aku tahu tujuan ayah datang ke Bangi. Dia
rindukan kami. Pada satu-satunya anak perempuannya, ummi. Pada kami, the only
cucu-cucu harapannya. Harapannya agar kami dapat masuk university dan jadi
orang yang berjaya.
Selepas kami pindah ke Besut, lagi lah kerap ayah datang
melawat kami. Walau hampir setiap hari ayah call, ayah tetap datang melawat
kami. Aku tetap rasa bersalah untuk itu. Ayah Cuma nak jumpa kami. Semalam je
ayah tidur di Besut. Port ayah kalau tidur, sofa kat ruang tamu, tak pun bilik
uda.
Sebak. Tiap2 minggu ayah call kitaorg Tanya khabar. Just nak
dengar suara. Suara-suara yang dirindui. Ayah selalu top up-kan kitaorg puyer
phone. Dgn harapan, boleh texting.
Tiap kali balik ke kampung, ayah akan bawa kami mandi di Air
Terjun Sekayu. Seronok mandi ramai-ramai.
Dah tak sanggup lagi kesat air mata. Tisu pun dah habis.
Salam.
p/s: I wrote all this things during the journey home on the funeral
day of ayah. In the bus.
No comments:
Post a Comment