YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

AKU

" Aku,

Bukanlah seorang penyanyi yang bisa menuturkan kata dengan menyanyi,

Bukan jua seorang komposer yang punyai abiliti utk menyuarakan isi hati,

Bukan seorang pelukis handalan yang punyai bakat yg mampu melakar sebuah lukisan tersirat,

Hanya punyai ayat dan tulisan, untuk ditulis, dibaca dan ditatap.

May Allah bless. "

Friday, November 2, 2012

Memories of Ayah 2

Assalamualaikum to all readers. Yg menemani dikala suram.
Semoga Allah memberkati kalian. insyaAllah.

Dah lebih tujuh hari arwah tinggalkan kami semua. Dan dalam masa itu, aku kuatkan diri, tabahkan hati, paksa diri untuk tersenyum, terima pemergian arwah sebagai takdir Illahi.

Bab kata Kai Xiang,

"Tiada duka yang abadi. Setiap pertemuan dititiknoktahkan dengan pemergian. Reda dengan ketentuan-Nya. Hidup itu satu pinjaman, kita pulangkan penuh dengan maruah dan bererti."

Thanks Kai Xiang.
Thanks semua yang tak henti-henti memberi kata-kata semangat buat penguat diri yang sememangnya lemah ni. Semoga Allah membalas jasa kalian, dengan pahala dan nikmat dunia yang diredhai-Nya.

Tak kurang juga yang tanya siapa sebenarnya meninggal.
Ayah is my Atuk. Abah is my father.

Sebenarnya, aku sangat sangat tersangat dimanjakan arwah. since aku seorang je cucu perempuan arwah. dan satu-satunya harapan arwah untuk jadi seorang doktor.
Aku sangat sangat tersangat sayangkan arwah. Tersangat sayangkan arwah. Rindunya aku pada arwah tak terucap. tak terukir di ekspresi muka. Tapi terukir dalam hati, sampaikan aku rasa jiwa aku kadang2 kosong. Subhanallah. Tuhan yang memegang hati itu. Tuhan yang memelihara hati itu. Sabarlah hati. Sabarlah jiwa. ;'(

Dan sikitpun aku tak terasa rugi, tak hadir ke kelas, tertinggal lecture smpai satu bab. Aku puas hati walaupun tak sempat melihat wajah arwah buat kali terakhir. Tak baik biarkan jenazah lama-lama. Patut disegerakan proses pengkebumian jenazah. Dan itulah yang terjadi, urusan pengkebumian jenazah arwah ayah sangat smooth. Alhamdulillah.

Tapi kakak tetap akan rindukan ayah. Kalau lah pakwe makwe dating, call hari-hari pun rindu, orang yang memang tulus sayangkan kita sejak kita lahir, dan tak akan jumpa dah atas dunia ni, lagilah rindu. Terlalu rindu.

Paling membuatkan aku tersentuh dan menangis, bila teringatkan last meet with arwah. Masa nak hantar uda pergi kem JPN kat K.Terengganu. Ayah bawa aku pergi Pantai Enam. Tak pernah-pernah ayah bawa aku pergi situ. Ingatkan ayah nak beli apa-apa. Tapi ayah duduk dalam pajero jew. Dan kata-kata terakhir ayah,

"Ayah tak tahu ayah sempat ke tak nak melawat kakak lagi. (He means Subang) Ayah pun dah tak larat. Kakak belajar lah rajin-rajin. Jaga diri duduk kat tempat orang." then, aku cium tangan ayah. Ayah cium pipi aku lama sangat-sangat sambil menangis. Dan aku tak tahu kenapa masa tu aku diam je. Aku tak cakap apa-apa. Ayah peluk aku erat-erat. Tak sangka, tulah ciuman dan pelukan terakhir ayah. Masih terasa air mata ayah yang jatuh ke pipi aku. Masa nak naik kereta, ayah sempat selitkan duit ke dalam gengaman aku. Aku menolak sebab aku tahu ayah bukannya ada duit banyak. Daripada dia berikan aku duit tu, lebih baik ayah gunakan. Tapi ayah tetap bekeras.

Arwah pernah minta gambar PLKN aku. Dengan tergelak-gelak aku cakap, " Ala ayahh..gambar tu tak cantik laaaa" Kulihat ade kekecewaan di wajah itu. Maafkan kakak ayah. Kalau kakak tahu ayah rindukan kakak, kakak kasi gambar lain kat ayah. Dan paling mengejutkan aku. Masa tahlil arwah malam yang ketiga, sebab ramai sangat yang dtg tahlil, aku makan nasi dalam bilik arwah. Gambar PLKN aku tergantung elok dalam frame gambar, tergantung di siling. Kalau arwah baring, arwah akan mengadap gambar tu. Nak tido, mengadap gambar tu. Bangun tido, mengadap gambar tu. Betapa arwah merindui aku. Sebab, aku lah satu-satunya cucu die yang jauh. Selain adik-adik aku kat Besut. Ummi selalu call aku, suruh aku call ayah. Ummi cakap, ayah menangis aku tak call die. Baru dua hari aku tak call. He want to hear my voice everyday. Arwah juga sanggup ke pekan Kuala Berang semata-mata nak masukkan top-up utk aku. Supaya aku boleh text die. padahal kedai kat kampung ade jual top up. Walaupun nak ke pekan ambil mase plus minus 5 minit. Rindunya arwah pada aku. Kakak pun rindu sangat-sangat kat ayah.

Last conversation arwah dengan aku. Lepas arwah keluar dari Hospital Hulu Terengganu sebab jantung. Soalan pertama yang arwah tanya, " Kakak balik tak Raya Haji ni?" aku cakap tak sebab tak larat nak duduk dalam bas lama-lama, balik sekejap je. Then, arwah bagi phone kat mak (my nenek), suruh mak cakap dengan aku. Mak yang cakap lama dengan aku. Last ayah say bye bye before he end the call. Tapi kakak balik ayah. Kakak balik kampung untuk Hari Raya Haji. Ayah suruh balik sebab nak beraya sekali kan? Dan memang kakak balik nak beraya dengan ayah. Tapi bukan di rumah ayah. Tapi di pusara ayah. Kakak beraya sambil baca al-Quran untuk ayah. Sebak kat dada Allah je tahu ayah. Kakak nak cium tangan ayah. Kakak nak beraya denga ayah. Kakak nak peluk dan cium pipi ayah. Tapi semua tu dah tak boleh. Kakak hanya boleh bacakan al-Quran dan doakan kesejahteraan ayah di sana. Kakak balik ayah. Kakak balik. Kakak balik beraya rumah ayah. Tapi ayah tak ada kat rumah. Kakak tak sempat nak ke masjid nak solat sunnat sebab lama sangat duduk kat kubur ayah. Tapi kakak puas hati. Kakak dapat sedekahkan surah al-Mulk dan as-Sajaddah untuk ayah. moga Allah melindungi ayah.

Aku tak tahan air mata masa mak dengar Che Su cerita pasal ayah sebelum ayah start koma. Ayah mengidam nak makan macam-macam. Paling buat aku sebak, bila Che Su cakap ayah nak makan aiskrim. Bila bagi aiskrim coklat, ayah tak nak. ayah nak aiskrim vanilla. Ayah tahu kakak tak suka aiskrim coklat, ayah tahu kakak suka sangat-sangat dengan aiskrim vanilla. Ayah tahu. Ayah tahu.Dan ayah inginkan ais krim kegemaranku. Ummi terkedu. Sampai begitu ayah rindukan aku. Sepupu aku pun pernah cerita. kalau keluar makan dengan ayah, ayah selalu order Kueh Teow Ladna. Bila sepupu aku tanya, ayah jawab, " Kakak suka sangat makan bede ni. Sedap."

Tuhan, berikan aku kekuatan. Berikan aku ketabahan. Ampunkanlah dosa-dosa ayah. Tempatkan ayah di kalangan orang yang beriman. Jauhilah dia dari seksa kubur-Mu. Jauhkanlah dia dari seksa api neraka-Mu. Kurniakanlah ketenangan untuknya di sana.

Bila ummi ajak aku ke pekan nak beli barang-barang untuk tahlil arwah. Aku tak tahan. Jiwa aku menangis. Ayah selalu bawa aku ke pekan. Ayahlah yang kenalkan aku dengan kawan-kawan dia. Sampaikan aku yang jarang balik kampung, kenal penjual ayam tempat yang ayah selalu beli. And aku ajak ummi beli ayam kat tempat ayah selalu beli. Masuk ke pasar tani. Rasa nak pengsan tengah pasar tani tu. Rasa nak menangis sekuat hati. Everything reminds me on him. Deretan kedai. Pasaraya. Tengok gerai yang jual kacang timbang. Ayah selalu kacang hijau untuk aku kalau time Hari Raya Puasa. Lepas ni dah tak ada orang nak belikan dah. Dan aku tak nak kasi sesiapapun gantikan ayah untuk ini. Biarlah. Biarlah ayah seorang jew.

Sebelum arwah sakit, arwah cakap rindu kat angah. angah sibuk as a form 4 student. Aktiviti KoKu sana-sini. Lepas arwah ambil uda kat KT, arwah drive ke Besut. Arwah rindu nak jumpa angah. Angah sempat jumpa arwah. sempat tidur dengan arwah. Tiga beradik tidur tengah rumah dengan ayah. Alhamdulillah, rindu ayah pada angah tercapai.Bila angah buka phone ayah. ada empat gambar. Kami berharap sangat ada gambar ayah, tapi semuanya gambar kami adik beradik. Gambar aku  mase melawat kat Balai Puteri SCIPP. tgh main lappy. Gambar angah. Kakak tak ade pun gambar ayah. puas cari merata tapi tak ada. cukuplah bayangan ayah dalam ingatan. tapi bila tengok Tok Ki Majid (adik arwah), kakak nampak ayah dalam diri Tok Ki. Kalau kakak rindu nak peluk ayah, kakak nak peluk Tok Ki. Sebab kakak rindu sangat-sangat kat ayah.

Dan masa arwah koma, aku dah meronta-ronta nak balik, tapi ummi tak izinkan. Ummi cakap jangan bimbang, ayah okay. Padahal ayah koma. Tetiba doktor kata ade ketumbuhan dalam otak kiri ayah. Kenapa tiba-tiba? Why all of sudden? Ummi, ade dua orang tukang report keadaan ayah kat kakak ummi. Dua-dua tukang report tu tak tapis report. So kakak tahu ummi. Kakak tahu ayah tengah tenat. Tiap-tiap malam kakak tak putus-putus baca al-Mathurat. Baca al-Mathurat sambil kesat air mata. And budak-budak PM 28, Nazu tipu korang cakap tak cukup tidur. Nazu memang menangis pun, Syadia. The one I loved is fighting with the death. and I couldn't do anything just sit here. Hanya berdoa. Nazu nak bacakan Yaasin di tepi telinga arwah. Tapi tak sempat. sempat baca Yaasin kat pusara arwah bukan tepi telinga arwah.
 Ayah sakit dengan tetiba-tiba. Koma tetiba. And tak sampai pun lima hari arwah koma, Khamis, Jumaat. Sabtu arwah sedar. Siap bergurau senda. Selasa pagi arwah pergi.
Dan malam Isnin tu dah terasa tak sedap hati. Tak boleh duduk diam. Ke hulu ke hilir. Keluar masuk bilik. betulah apa yang kakak rasa. ;'(
Panggilan dari Pok Su pagi tu. Tetiba tergerak hati nak online. Terbaca status semua tu. Betullah. Ayah dah pergi tinggalkan kakak. Tanpa kakak kat sisi ayah.

Kakak akan ingat pesanan ayah sampai bila-bila. Kakak janji ayah akan bangga dengan cucu perempuan yang manja ni. Kakak janji. 
pergilah ayah.  Pergilah dengan tenang. ;')


pergilah rinduku hilangkan dirimu 

tak sanggup menanggung derita di kalbuku 
pergilah sayangku bermula semula 
semangat cintakumembara kerana dia 
tiada niatku


"In Chemistry, we learn that the strongest bond is Hydrogen bond between the intermolecular bond.And we're aware that there's certain factor can break the bond. But there's a bond where nothing can break it. Even the strongest forces. It's called family bond. It stay strong until the End of the day. until Hereafter. Barakallah."





No comments:

Post a Comment