YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

AKU

" Aku,

Bukanlah seorang penyanyi yang bisa menuturkan kata dengan menyanyi,

Bukan jua seorang komposer yang punyai abiliti utk menyuarakan isi hati,

Bukan seorang pelukis handalan yang punyai bakat yg mampu melakar sebuah lukisan tersirat,

Hanya punyai ayat dan tulisan, untuk ditulis, dibaca dan ditatap.

May Allah bless. "

Tuesday, February 25, 2014

Yakin Pada Ketentuan Tuhan!

Kepenatan dan Kerisauan yang terlebih-lebih.
Ehem, memandangkan exam semakin menghampiri, (terkulai pengsan sat) tetiba hinggaplah satu perasaan ni.
Makin ia bertambah-tambah bila pi hantar teman nak fly.
Bukan semangat nak study. (Aisehman) tapi lebih kepada kerisauan yang terbuak-buak, membuak-buak, dan tak terbuat-buat.

Apa hati, kamu sedang sakit?
Wahai hati, engkau menyakini bahawa Islam itu agamamu, Allah itu Tuhanmu dan Rasulullah itu rasulmu, tapi mengapa kamu risaukan ketentuan Tuhanmu?
Kamu menyakini bahawasanya Dia maha Berkuasa dalam setiap apa yang terjadi, tapi mengapa hati,mengapa kamu bimbangkan masa depanmu setelah kamu berusaha?
Apa kamu bimbang Allah tidak menilai segala yang engkau lakukan?

"Dan Dia lah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi; Ia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan, dan Ia juga mengetahui apa yang kamu usahakan." [6;3]

Tapi, tapi, hati itu sangat teringin, dia inginkan impiannya tercapai, dia ingin mengejar cita-citanya. Dia khuatir andai usahanya belum mencukupi. Dia khuatir dirinya tidak layak untuk memenuhi cita-citanya.

Wahai hati, bukankah Allah telah berjanji, Dia maha Mendengar. Dia mendengar rintihan hatimu, Dia mendengar doamu.

" Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu........." [2;186]

Wahai hati, hmmmm. Andai kata Allah tidak memenuhi doamu, ingatlah hati, Allah juga berpesan,

"........boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." [2;216]

Tapi.....
Hati, yakinlah Islam sebagai ad-deen. Yang penting sekarang ni, usaha. Usaha banyak-banyak. Masakan Allah sanggup membiarkan hamba-Nya yang berusaha lelah tanpa hasil? Sedangkan Dia maha Pengasih lagi maha Penyayang. Allah tahu betapa susahnya, betapa lemahnya kita sebagai manusia. Allah tahu betapa penatnya just nak capai cita-cita kita. Gagal sekali tak bermakna gagal buat selamanya. Yup, ianya penat. Tersangatlah penat dan perit tapi dengan kegagalan yang dilepasi, ia menjadikan kamu lagi tabah.
Hati, apa ingin kau lakukan?
Aku ingin terus berusaha, kerna, baru je pre-u, tak masuk lagi degree, tak masuk lagi alam pekerjaan yg lagi jauh mencabar, cehhh. So, lets start our works! For the sake of Jannah! Ameen.

Ini adalah sesi perbualan cik Nazual dengan cik Nurul. (ehh) Memadangkan exam yg tinggal beberapa ketul hari je lagi, cik Nazual dah start mengelabah. so cik Nurul pun pujuklah cik Nazual.
This is one of my ways nak nasihatkan diri sendiri. Having a conversation dengan hati sendiri. Mungkin macam gila sikit bg sesetengah orang, tapi try fikir balik. Jasad dan roh adalah dua entiti yang berasingan. Dalam roh, ade naluri kebaikan dan kejahatan yakni nafsu. Nafsu pun berbicara tatkala memujuk si pemilik nyawa melakukan dosa, sooooooooo, conclusionnya, naluri kebaikan pun boleh berbicara dengan diri.

Wallahualam.
p/s: Im not a ghost or alien. Sekian.

No comments:

Post a Comment