YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

AKU

" Aku,

Bukanlah seorang penyanyi yang bisa menuturkan kata dengan menyanyi,

Bukan jua seorang komposer yang punyai abiliti utk menyuarakan isi hati,

Bukan seorang pelukis handalan yang punyai bakat yg mampu melakar sebuah lukisan tersirat,

Hanya punyai ayat dan tulisan, untuk ditulis, dibaca dan ditatap.

May Allah bless. "

Wednesday, September 17, 2014

Tetap Berdiri Mengejar Mimpi

Its already more than a month.
Dah lebih sebulan results keluar, and I'm still in blur for my future. Even I knew, this gonna take a lot of obstacles and sacrifices but sometime there're sort of this feeling.
Rasa nak give up. Rasa yang penat tersangat penat. Rasa sebu sepahit hempedu menelan segala pahit dalam memperjuangkan impian.
Rasa sangat speechless, sebab tak tahu nak luahkan kat anyone except pada Dia yang Maha Kuasa.
Kenapa nak luahkan kat anyone? Nurul teringat satu ayat-ayat cinta-Nya mengenai Nabi Yaakub, yang diuji dengan ujian yang getir.

" (Nabi Yaakub) menjawab: " Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraab wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya." [12;86]

Tapi Nurul tak setabah itu, tak sekuat itu.
Apa guna Allah takdirkan hamba-hambaNya di sekeliling?
Sebagai peneman dan penghulur tangan pembawa kepada Dia Yang Satu.

Dan sebulan jua sudah Nurul serahkan segala dokumen untuk permohonan pinjaman boleh ubah kepada Yayasan Terengganu. Entah tak terkira berapa kali ulang-alik dari Besut ke bandar Kuala Terengganu demi mengejar impian. Bukan senang. Setiap kali plan, mesti rasa kasihan dekat umi. Kerana penat. Kerana setiap kali itu jua pendapatannya akan jadi negatif. Dan setiap kali itu jua jawapan yang sama diterima. Tapi Nurul tabahkan hati, nak something kena usaha betul-betul.
Dan setiap kali dalam perjalanan pulang ke rumah itu, perasaan loser menebal dalam diri.

" Ya Allah! Mohon kuatkan diri dan iman dalam diri! Jangan biarkan aku terkapai-kapai dalam mengejar impian!"-doa setiap kali keciwa. Keciwa kerana susah bebeno nak mengejar mimpi yang satu ini. Dan ayat pembakar semangat jiwa,

“Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir". [12;87]

Setiap kali nak terangkan situasi kepada pihak universiti mesti terasa sebu.

Mengapa susah sangat? Bukannya aku ada niat jahat. 
Dan aku mengejar impian itu bukan kerana duit. Bukan kerana pangkat. Bukan kerana nama.
Tapi kerana pahala yang menunggu. Kerana hati yang mahu. 
Dan sayang, diri ini tidak mampu. Hanya ada semangat membara.
Memang tersangat klise bila tanya soalan,

" Kenapa nak jadi doktor?"

-" Sebab nak tolong orang."

Hakikatnya banyak cara untuk menolong masyarakat, bukan hanya doktor je.
Polis menjaga keamanan masyarakat.
Bomba menbantu andaikata ada kesusahan.
Jururawat pun membantu orang sakit.
Pegawai Kebajikan Masyarakat pun banyak membantu masyarakat.


-" sebab saya suka suasana hospital."

Aik? Seronok tengok orang sakit hari-hari? Seronok nak mengadap muka lesu tiada daya? Ehh?
Cleaner pun kerja dalam hospital.
Juru X-ray pun kerja dalam hospital.
Amik je degree dalam biomedical, kerja kat lab hospital, kerja dalam hospital juga.

Hakikatnya,
Ini jawapan sejujurnya. Ya jawapan diatas pernah difikirkan oleh saya, bukan sebagai jawapan saya tapi lebih kepada kalau saya diajukan soalan dan jawapan sedemikian.

Kerana menjadi seorang doktor itu satu impian. dan belajar di Ireland itu sebahagian darinya.

I have a dream, a song to sing
To help me cope with anything


Manusia tanpa belas kasih adalah manusia yang berhati busuk.
Manusia tanpa sifat penyayang adalah si hati batu yang hanya berjasad.
Manusia tanpa impian adalah manusia yang tiada haluan hidup.

Kerana impian itu membawa manusia kepada usaha yang bersungguh-sungguh, melangkaui apa yang mungkin disangka.
Kerana impian itu yang bangkitkan manusia dari putus asa dalam mencari jalan keluar dari kekangan masalah.
Dan penaung impian itu adalah Dia Yang Satu.

Ada yang mungkin katakan Nurul tidak melihat pada realiti. Mungkin tidak berasas. Mustahil.
Tapi Nurul tak pernah lelah dalam mengharap pada Dia, Nurul yakin Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
Ada hikmah di sebalik semua ini. Nurul mungkin penat tapi dianugerahkan nikmat setelah lelah berusaha tanpa putus asa itu adalah nikmat yang sangat menenangkan.
Nurul akan terus berusaha, kerana yakin pada janji Dia! Sesiapa yang berusaha pasti Allah akan berikan ganjaran.

If you see the wonder of a fairy tale
You can take the future even if you fail

 

Saat Allah menghadiahkan ujian itu, perkara pertama yang Allah akan ujian adalah sebuah kesabaran. Kesabaran dalam menahan pedih terjatuh, tergugur dalam mengejar impian. Kesabaran dalam bangkit, bangun dari kepahitan yang melanda.
Saat Nurul rasa tiada usaha untuk mencapai apa yang patut, Allah hadirkan ketabahan dan keyakinan melalui ayat-ayat cinta-Nya, melalui kisah Nabi Musa as sewaktu Nabi Musa dan pengikutnya dikepung oleh Firaun dan bala tenteranya mengadap lautan hinggakan tiada jalan keluar untuk menyelamatkan diri. Waktu itu pengikut Nabi Musa hanya fikirkan kematian sebagai penamat tapi Nabi Musa yakin Allah akan kirimkan bantuan.

Dan demi sesungguhnya! Kami telah wahyukan kepada Nabi Musa: Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar mengembara pada waktu malam, kemudian pukullah air laut dengan tongkatmu, untuk mengadakan jalan yang kering bagi mereka di laut itu, janganlah engkau menaruh bimbang daripada ditangkap oleh musuh dan janganlah pula engkau takut tenggelam.” (Surah Toha, ayat 77)
Kisah Nabi Musa


Mungkin fairytales yang kita dimomokkan hanya la Disney Fairytales, tapi bagi Nurul, fairytales dalam lagu Westlife ini, Nurul teringatkan kisah para nabi dan sahabat. Fairytales Disney hanyalah satu rekaan semata-mata yang mengajar kita yang baik balasannya baik, yang jahat balasannya buruk serta setiap cerita tu ada penamat yang membahagiakan. Tapi fairytales tu hanya rekaan.
Kisah para nabi adalah kisah yang membahagiakan. Di mana setiap cerita ada cabaran dan dugaan yang berbeza tapi Allah janjikan kebahagiaan bagi orang-orang yang beriman yakni di syurga yang hakiki. Kisahnya benar dan disertai bukti yang kukuh dengan ayat-ayat cinta-Nya. Yakinla pada Allah, kerana orang-orang terpilih itu akan diuji oleh-Nya.

"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." [al-Talaq 65: 2-3]

Nurul tak akan berganjak. Walau adakalanya lelah dalam berusaha, tetap akan Nurul pegang dengan impian ini. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan. Semoga Nurul berpeluang berpijak di bumi Ireland untuk meneruskan impian.

I'll cross the stream, I have a dream
I'll cross the stream, I have a dream

Moga hati terus tabah.Wallahualam.
180914
0255





No comments:

Post a Comment