Dan seperti biasa, umi, walau di bibirnya senyuman jelas terlihat tapi hatinya duka menahan pedih.
"Kakak jangan la pendam sorang-sorang. Buka pintu ni sayang mami. Jangan menangis, mami tahu kakak sedih." Dan aku hanya mampu teruskan langkah longlai setiap hari, tanpa senyuman dari hati. Hatta setiap kali melihat diri dalam cermin, terus laju air mata menurun.
La Tahzan!
Bukan senang nak terima, walau hakikatnya Nazu banyak kali mengingatkan diri bahawasanya semua ini ketentuan Allah azzawajala. Tapi hati itu terlalu pedih untuk menerima.
"Aku tak takut kalau failed ke tak memenuhi expectation ke, tapi aku takut, aku tak leh nak terima. Takut tak leh nak redha. Perkara redha-redha ni bukan sebarangan nak buat main."
" Umi, kakak nak call Yayasan lagi sekali, nak dengar sendiri penjelasan." Walau hakikat aku tahu, peritnya nanti pasti sakit. Tapi sakit itu hanya sementara, tidak kekal sifatnya walau sedalam mana pedihnya.
Dan seperti yang disangka, tiada berita baik, hanya sekadar,
"Kami masih belum mendapat kebenaran dari pihak mesyuarat untuk release results....." Dan sekali lagi, aku mengurungkan diri dalam tandas sambil menangis. Dengan harapan, umi tidak akan mendengar dan melihat air mata ini. Tapi kasihnya ibu adalah nikmat teragung yang dikurniakan Allah kepada sekelian makhluk-Nya.
" Kakak, janganlah macam ni sayang." Dan kemudian aku mendengar umi menangis sambil bercakap dengan seseorang dalam talian.
Berdosa kah aku kerana mengecewakan umi? Berdosakah aku membuat umi khuatir?
Tapi pedihnya sakit tak boleh nak hold dah, dah memang kena burst-kan untuk meneutralkan balik tenaga positif-negatif dalam diri.
" Kakak tak nak cakap dengan sapa-sapa." Fullstop.
"And when My servants ask you, [O Muhammad], concerning Me - indeed I am near. I respond to the invocation of the supplicant when he calls upon Me. So let them respond to Me [by obedience] and believe in Me that they may be [rightly] guided." [2;186]
Sekalipun dah stop menangis tapi muka still macam baru bangun tidur yang dikejutkan dengan bunyi meriam. Stress.
Tapi lagak si kecil, minta perhatian melebih-lebih.
Dan panggilan telefon dari Yayasan Terengganu membawa kepada sinar, yang kusangka telah hilang ditelan kepahitan.
Ya Rabbi. Ya Rahman.
Sungguh Kau yang teragung.
Pemilik kerajaan langit dan bumi.
No comments:
Post a Comment