YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

AKU

" Aku,

Bukanlah seorang penyanyi yang bisa menuturkan kata dengan menyanyi,

Bukan jua seorang komposer yang punyai abiliti utk menyuarakan isi hati,

Bukan seorang pelukis handalan yang punyai bakat yg mampu melakar sebuah lukisan tersirat,

Hanya punyai ayat dan tulisan, untuk ditulis, dibaca dan ditatap.

May Allah bless. "

Friday, November 13, 2015

Of Vanilla Latte and Hazelnut Praline: Dalam Sujudku

Of  Vanilla Latte and Hazelnut Praline: Dalam Sujudku

Pahit latte masih terasa meskipun sudah ditambah tiga paket gula perang. Kafe masih riuh rendah, suasana biasa bagi kafe setiap kali lunch hour selain waktu petang yang riuh dengan pelajar berlatih bola keranjang, hoki dan sebagainya. Ada multi-purpose court di sebelah kafe itu.
Kadang-kadang menjadi gelanggang futsal. Kadang-kadang badminton.

Same goes to heart, specifically iman dalam hati. Multi-feeling disorder.
Kadang-kadang bahagia bagai nak rak. Kadang-kadang sedih macam baru lepas clash dengan partner.

Senyum tawar . Sakit  dan pedih tu masih terasa sekalipun sudah bertahun berlalu. Betapa kecewanya hati di zaman lalu hinggakan membawa diri dari orang ramai, supaya tiada yang terlihat akan mutiara mata yang saban hari menemani diri.

Bahagia. Perasaan itu sekian lama dipendam, senyum gelak tawa yang ditunjukkan hanyalah sekadar pameran, sekurang-kurangnya masih bisa membahagiakan yang hadir di sekeliling ini.

“ Hang dah siapkan assignment EPC (Early Patient Care) ka wahai Amalina?” menyentak diri dari lamunan panjang.

“ Eh?” tak pasal-pasal mengelamun tengah orang ramai.

“ Takde la, aku tanye hang bukan ka nak join aku pi dinner MSoc kan kan.” Saja hendak mengusik gadis kecil di hadapannya. Melihat riak wajah kebingungan membuatkan Syahida tertawa. “ Aku tanya pasal EPC assignment. Hangpa dah siap ka?”

Amalina or prefers to be called as Amal.
Seems to be an easy-going person but deep inside, there are scars that she couldn’t erase from her memories.

“ Hang nanges ka apa?” laju tangannya mengesat air mata di pipi Amal. Hanya gelengan sebagai jawapan. Itu skema jawapan Amal meskipun diasak banyak kali.


01:00. Back to the past days.  

+ Am I not deserving of any happiness at all akak?

= Amal. Kuatkan diri. Jangan tinggal tahajud. Jangan tinggal alQuran. Always pray for a better of everything. This may the best for you.

+Amal dah tak nak hidup. Dunia ni tak adil.

= Astaghfirullah. Mengucap Amal. Akak sentiasa doakan yang terbaik untuk Amal

Blackberry di campak ke hujung katil dan tangan masih merangkul kemas lutut. Air mata mencurah-curah lagi.

Ya Allah, kenapa rasa sedih macam ni? Kenapa rasa terseksa macam ni?

Mata masih berpinar dek cahaya yang terang.
“ Along!” serentak muka berpaling, mencari empunya suara. Anas! Sepantas mungkin dia berlari, ingin sekali memeluk adik yang dirindui. Tapi saat ketika hampir dengan Anas, Anas hilang dari pandangan.
“ Anas! Jangan tinggalkan Along. Pleasee. Along rindu Anas!”

Tersedar dari mimpi yang sering kali menghantui malam hari. Wajah Anas kelihatan sayu dan sedih.

Perlahan-lahan langkah diatur ke bilik air, luka terjatuh dari tangga masih bersisa, sakit bagai dihiris-hiris.
Pedih dan sakit ini, biarlah menjadi saham buat akhirat kelak. Berkaca-kaca air mata menahan perit.

Sejurus melaksanakan solat Taubat, Amal mengangkat tangan, mengharap kasih dari Tuhan.

Dan telah aku kecewa akan cinta duniawi.
Meski hati ku masih rapuh mengapai mimpi,
Aku memohon Ya Rabbi,
Kurniakanlah aku kekuatan untuk meneruskan kehidupan.

Cukuplah aku dengan cinta-Mu untuk bahagia.
Dan cukuplah adik-adik sebagai penguat cinta.

Usai meraup muka, Umi menjenguk di muka pintu.
“ Dah bangun? Tolong umi siapkan pakaian adik.” Bicara umi sebelum berlalu ke dapur, menyiapkan sarapan berserta bekalan untuk adik ke sekolah. Getir seorang wanita.

Perlahan menapak ke bilik sebelah. Adik masih lena. Tenang seperti tiada gusar.


Kolej sesak dengan pelajar baru berdaftar.
Dan aku, si gadis berbaju kurung, terasa begitu asing di tengah lautan manusia itu. Sambil menelan air liur, cuba untuk mencari mana-mana insan lain sepertiku.Manusia yang juga litup menutup diri dengan hijab.

“ Assalamualaikum.” Pecah suara dari arah belakang.

Gadis Melayu terakhir pulak yang berbudi-bahasa pekerti mulia nak bagi salam tengah-tengah orang ramai ni.

Dan tanpa sedar,kata-kata tersebut dilafaz tanpa tapis.

“ Are you referring to me?”

Muka yang berkerut dah bertukar ke mode bersalah+minta maaf. Senyap terdiam tanpa suara. Dan gadis di hadapannya terus masuk mode ‘saya takde kawan, boleh saya kawan dengan awak? ’

“ Syahida. And you?”. “ Amalina. Just Amal.”

Sambil laju-laju melangkah ke arah main hall.

Sesi orientasi yang entah untuk kali ke berapa.
Library Information Seeking Skills.
Mata dah layu gaya sedang berzikir dengan khusyuk ala – ala sewaktu sekolah dahulu, atau secara jujurnya. khusyuk untuk mengelakkan diri di-point-out oleh AJK surau sebab tertidur waktu zikir selepas solat Magrib.

Dan Syahida, banyak membantu sepanjang kesusahan.

+ Assalamualaikum Amal. InshaAllah nanti Kak Lisa, naqibah baru awak akan contact awak. All the best in new uni!!
Dan smiley pipi merah kak Sarah. Trademark tak leh nak pass kat anyone. Sebab Kak Sarah je yang ade pipi merah macam tembikai.

Semua dah settle, just nak revise Topik 13: Myocardiac Infarction. Paling penting, bahan untuk study group esok dah selesai. Hoorayyyy!

Eh. Alhamdulillah la Amalina! Suara dalam kepala menegur.
Jam di homepage phone dipandang sekilas. 16:56.
Dah nak kena gerak untuk usrah kat rumah Safura. Kalau nak shopping boleh semangat bersiap bagai. Nak pergi berbicara pasal Allah pun kena la lagi semangat!
Okay.
Al Quran. Check.
AlMathurat. Check.
Usrah’s Delight. Check.
Fathi Yakan: Apa Ertinya Saya Islam. Check.
Coklat. Check.
Purse.Check.

And most importantly.
Cardigan: Tutup aurat. Tak ikut body shape. Tak jarang sampai nampak inner tshirt.
Seluar. Tom Tailor, straight cut.
Pashmina. Takde bonggol unta. Tutup dada and belakang.
Perfect.
Dan saat nak keluar rumah, lafaz bismillah. Minta jauh dari segala bencana. Paling penting minta diredhai Allah.
Something wrong. Kunci rumah!! Berlari ke bilik lagi sekali, semata-mata nak ambil kunci rumah tertinggal atas meja.
Alahai.

Orang ramai lalu-lalang waktu petang ceggini sekitar Canal, hanya lebih kurang 50 meter dari rumah. Dekat je. Tapi kalau dah En M tu ada, seinci pun malas nak bergerak.
Ada orang bawa anjing peliharaan berjalan - jalan. Kemudian dibiar wireless, lepas bebas.

Pernah banyak kali anjing datang dekat ajak main Frisbee, tak pun minta didukung. Comel – comel sungguh, geram nak pegang. Tapi tak berani. Mana nak cari tanah nak samak tengah-tengah bandar Dublin ni.
Tak kan nak samak dengan tanah dalam pasu bunga housmates. Itu cari gaduh namanya.

Teringat saat mula-mula berkenalan dengan member usrah kat sini.
Sewaktu sesi Taakruf sesama members. Sampai saat diri sendiri.

“ Amal, I’d be delighted to hear something from you.” out of nowhere, Kak Lisa request extra questions. Mulalah mengigil. Buatnya Kak Lisa tanya pasal 10 Muwasafat Tarbiyah, pengsan tak terbangun sampai subuh esok la jawapannya.

“ You used to be in usrah, back before in your college.” Angguk. “ Soalan akak, kenapa awak pilih untuk tsabat dalam tarbiyah? And as you said before in the email, there’s a lot of ways out there, but why would you choose usrah among them?”
Senyum lebar dua saat.

“ In the midst of seeking for serenity, after being torn apart from somebody we used to love and then realize that it’s useless?”
Hold. Hold air mata. Jangan burst kat sini.

Kabur-kabur nampak Kak Lisa senyum lebar. “ Akak tahu awak tak akan share reason awak selagi akak tak tanya straight to the point. “  Splendid Amal!

+ She’s a little angel Thanks kenalkan Amal kat ana.

Aku memilih untuk berada dalam usrah atas sebab tertentu.
Aku pernah kecewa dengan rapuhnya cinta manusia. Depan mata aku sendiri, aku lihat Abi tampar Umi. And tolak Umi ke dinding. Sampai mengalir darah.

Trauma itu. Bertahun aku pendam. Sampai saat, aku rasa seperti jiwa aku dah melayang ke Antartika. Hidup bagai mayat yang bergerak, tanpa perasaan dan rasa.

Aku ingatkan hanya itu drama tragik kemusnahan kebahagiaan hidup aku. Bila Abi ceraikan Umi, aku rasa langit bagaikan runtuh, menghempap aku dengan tenaga momentum sampai saat aku merasakan daya tarikan bumi terlalu kuat. Sampai saat aku terjatuh, terduduk tanpa mampu mengangkat muka.

Kerana bagi aku, sumber bahagia adalah mampu bersama family. Luka kehilangan Anas masih belum sembuh. Bertalu-talu hati aku dicerai-ceraikan.
Gamaknya dah lembik macam sambal belacan. Entah-entah dah tak wujud.

Tapi itu sebelum aku mengenal cinta Allah.

Ahhh. Dah bertahun rupanya.

“ Assalamulaikum. Safura. Ni Kak Amal.” Pintu hijau diketuk perlahan-lahan.

Dan saat aku merintih kasih Tuhan malam hari. Saat aku sujud kepada-Nya, dengan harapan jauhkan dari kekecewaan yang telah memakan diri.
Allah menjawab doaku.

“………jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah ia dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah)” [28:10]

Sewaktu sedang membaca surah Al Qasas. Perihal kisah Nabi Musa AS, sewaktu gusarnya hati bonda Nabi Musa AS.

Dan Allah hantarkan Kak Sarah.

“ Amal. Allah takkan bebankan hamba-Nya with something that you wouldn’t able to be. Be strong. Jangan pernah putus asa dengan Rahmat Dia!”

Semerbak bau bihun goreng Singapore tatkala melangkah masuk rumah Safura.
“ Safura nak akak tolong anything tak?”
“ Eh takpe takpe akak, akak duduk je. Tunggu diaorang OTW katanya. Saya dah siap dah. Tinggal nak hidang.” Little angels. Usrah’s Delight dicapai.  Butiran anak usrah.
“ Birthday Ika weekend depan. Nak celebrate sekali ke?”

Kenapa usrah?
Sebab usrahmates la yang banyak tolong support between each others.
Everyone have their own stories. And none of them similar.
Complement to each other.

Dan dengan bantuan mereka jua, rahmat Allah yang dikirimkan melalui mereka.
Aku bangkit. Dan berbahagia dengan cinta Tuhan.

Bahagia bagi seorang Muslim yang beramal dengan amalan-amalan Islam yang benar dan diredhai Allah adalah dengan merasa tawaduk dan bersyukur dengan apa yang kita ada’ - muka surat pertama Usrah’s Delight.
Tawaduk dan Syukur. Dua perkataan yang mendalam maksudnya.

Dan berlalu hari dengan usrah dengan adik-adik comel.
Bab 2 Fathia Yakan: Apa Ertinya Saya Menganut Islam dari segi Ibadah.
Haruslah kita fokuskan diri kita dengan content of that particular ibadah. We concern about the quality not quantity of our ibadah.

Dan solat itu hakikatnya jalan menuju syurga Allah.’

Dan sujud itu adalah saat dimana seorang hamba paling dekat dengan Tuhannya.
Kerana saat itu secara fizikalnya kita mengakui dan harapnya whole-heartedly bahawasanya Allah lah yang paling agung.
Allah yang memberikan kita kebahagiaan. Yang mencampakkan rasa kasih ke dalam hati manusia, untuk merasa kasih dan bahagia.
Hanya dengan rahmat dan kekuasaan-Nya.
Bila diteliti secara mendalam, bahagia itu hadir kerana kasihnya Allah pada hamba-Nya.


Musim Sejuk dah berlabuh tirainya dengan rajuk putih salju yang masih bertaburan walaupun sudah menganjak March. Bunga-bunga di taman malu-malu melaksanakan tugasan, penyejuk mata manusia dengan warna-warna yang pelbagai.
Dua insan sedang duduk bersila di bawah pokok sakura, berkerut sambil meneliti laporan kelab ekoran Spring Camp yang baru berlangsung.


“ Kak Lisa.”
“ Yup Amal.”
“ Islam is so pure and beautiful.”
“ Yup dear. Continue, akak dengar.”
“ When Umi Abi bercerai, Amal seriously lost hope. Amal dah tak tahu nak luahkan kat sapa as everyone seems to blame somebody , pressing a lot of pressure on me.”
Kepala diangkat dari kertas yang sarat dengan tulisan. Tersenyum lebar melihat gadis di sisinya. Lautan manusia makin membanjiri taman.
“ Bila everything yang duniawi ni seems too cloudy and we have nowhere to turn, we turn to Him, the al-Mighty. The One that holds everything of dunya and akhirah. InshaAllah, dengan rahmat dan kasih Dia, He will ease us and rest our hearts from the dunya’s stuffs. Itulah nikmat yang hanya special untuk Muslim.”
“ Wallahi!”
“ What?”
“ Islam itu sendiri, asal perkataanya adalah dari ketenangan. Ingat Allah pun dah rasa peace. Apatah lagi kalau sayang,cinta Allah kan.”
“ Beauty.”
“ and the Bless.”

Akhirnya pecah jua ketawa.
Dan bahagia yang didamba hadir saat diri mengharap cinta Allah.
Telah Allah limpahkan rahmat cintanya melalui kawan baik yakni murrobi.
Yang menghulurkan tangan menyokong dari segenap posisi,
Demi mengejar syurga yang hakiki.

18:33 19042015
MW Nazual Zulkepli

p/s: Alhamdulillah, with the blessing of Allah SWT, this story have been submitted to HAKIM Brisbane for their IFest 2015.
Thus, this short story belongs to them, I merely just sharing my official first short stories being published. 






No comments:

Post a Comment