Aku tersenyum saat mengingatkan hari yang
lalu,
Jelas dalam ingatan saat dunia menyambut
kedatangannya,
Meriah sekali kota London dengan orang
ramai.
Tapi itu di hari yang lepas,
Hari ini aku berdiri dengan diri yang
‘baru’,
Serba baru dengan pandangan mata hati akan
dunia,
Dunia yang dahulu aku rasakan seperti
sempit dan menyeksakan,
Walau hakikatnya tetap merasakan sempit dan
penuh halangan,
Bukan lagi kerana kekurangan yang diuji,
Tapi kerana lembaran baru yang dihamparkan,
Menjanjikan aku dengan ujian yang bertalu,
Sebagai mahar untukku ke syurga-Nya.
Masih lagi terduduk,
Masih lagi berusaha untuk bangkit berdiri,
Teguh di hadapan ummah,
Sebagai teguhnya saidina Umar al Khattab,
Menyatakan yang haq dan batil,
Terinspirasi jua akan keteguhan seorang
Asiyah,
Mempertahankan akidah meski diseksa oleh
sang suami.
Hakikat kekuatan mereka,
Adalah keyakinan mereka pada Dia,
Dan aku masih berlari bertatih berusaha,
Memperbaiki diri yang serba kekurangan ini,
Agar aku bisa seteguh mereka,
Dan bertemu dengan-Mu di syurga-Mu.
Semoga harapan semalam masih belum pudar,
Dan semoga harapan untuk hari yang
mendatang,
Terus berseri dengan kekuatan dari-Nya.
MW
0324311215
No comments:
Post a Comment