YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

AKU

" Aku,

Bukanlah seorang penyanyi yang bisa menuturkan kata dengan menyanyi,

Bukan jua seorang komposer yang punyai abiliti utk menyuarakan isi hati,

Bukan seorang pelukis handalan yang punyai bakat yg mampu melakar sebuah lukisan tersirat,

Hanya punyai ayat dan tulisan, untuk ditulis, dibaca dan ditatap.

May Allah bless. "

Saturday, January 30, 2016

Biru, Hijau dan Kasut

Cuti musim sejuk sudahpun berakhir, dengan matlamat dan harapan yang baru.
Yang disemarakkan dengan aura-aura positif, yakni mencari keredhaan yang hakiki. 

Masih bersisa kepenatan memindahkan barang-barang dan menguruskan rumah yang sarat dengan barang-barang terbuang dari bekas penghuni rumah. 
Penat. 
Ditambah dengan baru sembuh dari deman panas, yang barangkali kerana jangkitan atau side effects ujian Xray tempoh hari. Dan masih bersisa sakit yang menyebabkan diri terlantar di atas katil, tidak punya kekuatan untuk bangun. 

Masih lagi dalam minggu pertama kelas di Beaumont Hospital.
Masih lagi tergapai-gapai mengejar kelajuan untuk memercu diri dalam setiap kelas, disamping melawan syaitan-syaitan yang bergayut pada mata waktu menelaah ilmu. 

" Ana rasa penat sangat enti." suara akhowat tudung biru mencelah lamunan. " Tadi ana check dengan akhowat baju hijau, weekend packed dengan macam-macam aktiviti. Weekdays keluar rumah masa subuh tak habis lagi, balik dah Maghrib."

Bukanlah mengeluh, sekadar melepaskan ribut yang melanda diri. 
Muka mungkin tampak tenang dengan senyumannya, tapi dalam hati? Bukannya superman yang punya mata yang mampu membaca fikiran jua. 
Hatta, muka yang tampak tenang itu, ada ribut taufan sedang melanda, ditambah dengan kenyataan akan sifat hati itu, berbolak balik. 

Ikut hati, nanti mati. 
Ikut nafsu, nanti binasa. 

" Ana faham sebab ana pun rasa sedemikian. Penat." jawab akhowat berkasut litup, sambil membetulkan tudung. Bas sudah pun menghampiri hentian yang dituju. 

Benar, masa itu sangat mencemburui para manusia. Selalu sahaja tanpa disedari, masa pun berlalu pergi tanpa sebarang manfaat untuk diri hatta agama. 

Pantas, tiba di bilik, akhowat berkasut litup membuka tafsir. 

" Allah, berikan aku ketenangan dalam meneruskan aku dalam perjuangMu."

Lalu Allah kirimkan secebis ketenangan melalui ayat-ayat cinta-Nya:

Allahu. Nak menangis sepuas-puasnya waktu tu.

Buat akhowats,

Penat lelahmu bukan sia-sia,
Mungkin tampak pada mata,
Hanya secebis yang bisa disumbang pada jalan ini,
Tapi ketahuilah bahawasanya,
Setiap titik noktah sebesar zarah dikira dan disaksikan Allah,
Yang bisa menjadi penawar di akhirat kelak.

Akhowats,
Ingatkan kata-kata seseorang?

" Dunia ini tempat berpenat, akhirat jua tempat berehat."

Biarlah penat hingga nyawa tinggal di kerongkong tengkuk,
Kerana janji-Nya pasti tertunai kelak,
Berehat untuk selama-lamanya bersama dengan-Nya.
Tidakkah cemburu? Bisa berehat dalam syurganya?

Akhowats,

Telah aku cuba fahami dan dalami setiap perjuangan di awal Islam,
Ya Rabb,
Untuk seketika aku rasakan aku lah yang menghacurkan Islam itu.
Jauhnya aku tersesat dalam bisikan dan buaian dunia,
Hingga aku gagal mencari erti jalan hidup yang sebenar.

Teguhnya mereka saban hari,
Memperluaskan dakwah dan tarbiyah di siang dan malam,
Tanpa rasa jemu, penat dan lelah,
Meskipun nyawa diancam dan dipulau oleh sekelian masyarakat.
Mereka memulakan dakwah dan tarbiyah tanpa gentar,
Berbekalkan aqidah dan ketaqwaan yang kental.

Akhowats,
Teruskan melangkah,
Teruskan berjuang meski ada saat kamu ingin sekali berehat,
Biarlah berpenat,
Asal di sana nanti Allah redha!
Dan bergembira,
Dengan bukti cinta yang kita pada Dia.

Jazakillahu khair.

#takedaystocompletethis

Nazual Zulkepli
0926300116

No comments:

Post a Comment