﷽
Satu persatu saya ingat peristiwa tersebut, bila cikgu serahkan booklet soalan Additional Math Form 4 Peperiksaan akhir tahun.
49. Dan nak dijadikan cerita, markah exam akhir tahun akan masuk sistem SBP wheres, nanti akan keluar list ikut ranking seluruh Malaysia.
For sure la kan, tak pernah pun jejak top ranking, mmg level ribu-ribu je lah.
Tapi masa tu terus laju air mata turun.
Sebab subjek elektif yang lain semua failed kecuali Prinsip Akaun.
Tambah Add math pun failed juga, memang 'rosak' dan 'rabak' ranking batch and SBP.
Dan kata-kata cikgu Addmath memberi nasihat dan semangat yang tersirat.
"Awak menangis, merayu minta even 1 markah pun saya tak nak bagi." padahal masa tu tak cakap apa-apa pun just air mata tu laju, tak sempat nak letak divider kat hujung mata je.
Terus buat self-reflection.
Memang tak sempat study, sebab masa cuti tu jaga Mami kat hospital.
Tak cukup dengan tu, Allah takdirkan diri sendiri menyaksikan kelahiran adik, dalam keadaan dirinya yang telah kaku.
Dan bila SN serahkan kepada Nazu, seribu satu rasa datang ketuk pintu hati.
Dan saat bila Allah balikkan hati, untuk study bersungguh dan further study dalam medicine.
To be an Obstetrics and Gynaecologist.
Bukan untuk menghalang dari perkara yang terjadi pada diri, tapi untuk menjadi seorang manusia yang bisa menghulur tangan kepada ibu-ibu saat mereka kehilangan permata hati.
Kerna itu yang Nazu nampak dan saksikan dengan dua mata yang Allah kurniakan.
Perihal seorang ibu yang kehilangan anak.
Mungkin diri ini tak memahami lagi.
Kerna hanya mereka yang bergelar ibu yang mampu merasainya.
End of flashback.
Dan sepanjang cuti, Nazu habiskan dengan revision, revision dan revision.
Adalah join tuisyen, tapi tak suka sgt bila slot Addmath, since cikgu yang mengajar tu pandang rendah pada diri ini.
Hanya kerana Nazu takde rupa, tak genius dan bukan dari sekolah elit.
Tapi dalam diri, sungguh tak kisah dengan semua itu.
Hanya disibukkan dengan tujuan dan moto hidup sendiri,
Ada matlamat yang harus dicapai, dan tempias-tempias negatif seperti ini hanya dicanang dan dibuang dari bertuntas dalam diri.
Peperiksaan pertama di Tingkatan 5.
Markah yang cukup membuatkan Nazu terkejut.
Siapa sangka?
Dari 49% kepada 98% dalam mata pelajaran Addmath.
Dari ranking yang sekadar biasa-biasa kepada Top 10 sekolah, dan okay lah ada improve dalam SBP.
Ibrahnya di sini:
1. Matlamat
Ada perbezaan dalam hidup, kerana yang membezakan kita dengan orang lain adalah matlamat hidup kita. Bila kita ada matlamat, kita akan strive towards the goals habis-habisan. Gitu.
2. Usaha
Selalu kan kita dengar, Allah nak tengok usaha, bukannya hasil. Tapi hakikatnya, bila kita dah usaha mesti lah kita dapat bukan?
3. Jangan pernah give up.
Selalu je ulang benda ni, sebab tengah peak period of demotivating dalam medical school, selalu je rasa penat takdelah sampai nak give up tapi Allahu penat dia Allah je tahu. Tapi itulah, makin kita jauh makin kita usaha nak dapat bukan?
Sekian Sahaja.
Apa yang baik datangnya dari Tuhan, dan apa yang buruk jua dari Tuhan, untuk membezakan Pencipta dan ciptaan.
Wallahualam.
Nazual Zulkepli
0150 26112017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment