YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

AKU

" Aku,

Bukanlah seorang penyanyi yang bisa menuturkan kata dengan menyanyi,

Bukan jua seorang komposer yang punyai abiliti utk menyuarakan isi hati,

Bukan seorang pelukis handalan yang punyai bakat yg mampu melakar sebuah lukisan tersirat,

Hanya punyai ayat dan tulisan, untuk ditulis, dibaca dan ditatap.

May Allah bless. "

Saturday, October 7, 2017

Semester 1 4th Year : Station 3


Finally, I am done for medicine posting, at least for this semester. I do feel better than previous semester where I was totally lost and no direction of learning. The lecturers just literally campak ke department medicine, and belajar sendiri-sendiri. 

Sampai sekarang rasa tak puas hati for previous semester's postings. 
Alhamdulillah that situation improving plus finally I have someone to count on in my groupmates. Someone I can rant on things happened, someone I can story on handsome DRs in the wards, or any patient that annoyed me. But so far, patient semua cooperative Alhamdulillah, just that ada la a few yang reject taknak Q&A sessions. 

Kecewa kena reject depan ramai-ramai patient adalah perasaan yang lagi teruk dr kena clash dengan boyfriend (awk pernah kena clash ke? tak. Ohh pastu? Sy tengok kwn2 je pastu mendalami kesakitan diaorg Lols)

Tapi dalam kekecewaan itu, ada masa yang hati berbunga-bunga dengan cooperative patients. Yg end up bagi semangat kat kita untuk terus berusaha, dan seterusnya berjaya menjadi seorang doktor yang bukan sekadar merawat fizikal. 



Scene 1:

Sepasang suami isteri memasuki bilik consultation. 
Si isteri berkerusi roda. Middle aged Indian lady. 
Si suami bertongkat. Late middle aged Chinese gentlemen. 
Si suami yang menolak sendiri si Isteri. Dalam keadaan yang serba payah untuk berjalan. Hinggakan doktor terpaksa berpindah tempat, untuk memudahkan mereka. 
(Doktor hensem. Siap ada halo kat atas kepala, baik dan sangat gentlemen. tapi bukan pilihan hati)

Si isteri telah pun bertahun menjalani rawatan HIV. I checked her blue book, and surprised by her strong wills in fighting this illness. Dengan komplikasi jangkitan, onset of DM, dyslipidaemia dan hypertension dah pun develop, but she still fighting strongly.
Akak admin tu bisik kat si Suami, find another lady to take care of them. Dan jawapannya membuatkan seorang Nazu terkelu. 

" Tak nak, saya manyak sayang sama dia." 
Lesung pipit terserlah di pipi. Ada bahagia dalam kekurangan mereka. 

Berkali-kali scene ini berulang dalam ruangan memori. Dan tidak ada satu pun yang terjadi tanpa pengetahuan Allah. Setiap saat yang kita lalui kelak, bukan lah suatu kebetulan malah tersirat segala ibrah yang meminta kita untuk berhenti sejenak, ambil iktibar dan meng-asimilasikan dalam sebuah kisah bernama kehidupan. 

Dan bergetar hati seorang Nazu, seperti ditegur Allah secara direct. 
"
Berhenti complaint. 
Berhentilah dari bersedih hati. 
Berhentilah mencari kesempurnaan dalam hidup yang serba kekurangan ini. 
Berhenti dan kiralah nikmat yang telah Allah limpahkan dalam hidup ini.
Berhentilah dari melihat yang kau rasakan bahagia sedangkan melimpah bahagia yang Allah berikan pada diri ini.
"

Dan untuk bahagia itu, kau tak perlukan harta yang bergelimpangan.
Cukup sekadar kau tahu mana yang patut kau bersyukur.


" Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga antara kamu serta berlumba dalam menambah kekayaan dan anak keturunan seperti hujan yang tanam-tanamannya mengkagumkan para petani; kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan keampunan daripada Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu." [ 57;20]


Scene 2

Tiga pegawai penjara mengiringi seorang banduan, yang diimport fresh dari Mainland untuk follow up dan permohonan tukar pusat rawatan. 

" Listen here, you deserve your medications and healthcare treatments. This is your rights. Don't keep everything by yourself, let them (the wardens) know about your illness so you could have your medications."
- clear, tanpa nada telegraphic yang tersekat-sekat. Kata-kata seorang pakar kepadanya dan tiga pasang telinga yang sedang berdiri jelas mendengar kata-katanya. 
" Not all hospital have ID unit, we can only write a memo for his medication but he still need to be here for check ups." tapi warden-warden tu insist juga untuk tukar pusat rawatan. 
Dan tak habis-habis nak initiate conversation dengan seorang pelajar perubatan yang tgh blur, dan tak berminat nak dekat ceretera-ceretara ini. Pak cik warden, tak perlu nak lari dari kenyataan, dengar je apa yang doktor pakar cakap - whispering Nazual.

" Some people never learn." his words as soon the patient leave the room. 

Kagum. Itu sahaja yang mampu aku tuturkan. 
Bilamana masayarakat sekeliling memandang mereka ibarat sampah, 
Mereka-mereka ini yang ada knowledge, 
Ada kerjaya dan dihormati masyarakat (currently deteriorating due to kewujudan masyarakat BODOH SOMBONG),
Mereka memandang pesakit-pesakit ini sepertimana manusia biasa. 
Yang hanya kekurangan immuniti. Seperti mana mereka-mereka yang Allah pilih dengan kelahiran yang terus diuji dengan sakit immuniti lemah. 



Dan seperti mata dibuka dengan luas,
Walau dengan hanya beberapa jam di klinik, 
Dengan drama Denyut Kasih Medik yang tak habis-habis dekat ward,
Whispering Nazual; kenapa ramai sangat doktor handsome?
Astaghfirullah. 

Seorang Muslim, setiap langkah yang diatur, haruslah bersandarkan Allah semata-mata. 
Peringatan untuk diri sendiri.
Yang langkahnya makin lama makin berat. 
Semoga hakikatnya kita sentiasa dalam redha-Nya. 
Dalam setiap langkah, 
Dalam setiap saat,
Dalam setiap lontaran hati yang kelak akan dikira di akhirat kelak. 








Wallahualam.

#MWwrites
Nazual Zulkepli
Georgetown
071020171635

Tuhan, jadikan aku persis al Hadid dalam mengharungi dunia faana ini.

" Dan berbahagialah dalam mencari redha-nya Sang Tuhan."

No comments:

Post a Comment