YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

AKU

" Aku,

Bukanlah seorang penyanyi yang bisa menuturkan kata dengan menyanyi,

Bukan jua seorang komposer yang punyai abiliti utk menyuarakan isi hati,

Bukan seorang pelukis handalan yang punyai bakat yg mampu melakar sebuah lukisan tersirat,

Hanya punyai ayat dan tulisan, untuk ditulis, dibaca dan ditatap.

May Allah bless. "

Thursday, May 11, 2017

Gear 'N' sebelum 'D'

Scroll twitter untuk kali ke berapa ntah, terbaca tweet pasal nifsu Syaaban.
Terhenti jari dari terus mencatat nota, terus mengadap kalendar. Ah, puasa dah nak dekat. Puasa ganti tak habis lagi. Alarm! Panic Alarm! First day puasa ada end of rotation long case assessment. Oh tidak! Tapi case write up dengan revision masih meninggi, meraih perhatian untuk disiapkan secepat mungkin. Ah, kenapa waktu terasa begitu sempit?

Sekilah memandang comforter, dan akhirnya bertapa secara berbaring di bawah comforter. Buku-buku masih bertaburan. Laptop tak off. Nota seizure and epilepsy masih belum mencecah separuh.

I just wanna sleep. and get a ahead of this laziness. Bukan selalu bermalasan study ni.

Dan berkali-kali dikejutkan di tengah malam.
Pukul 1.30 pagi.
Pukul 2.30 pagi.
Pukul 3.20 pagi.
Ah sudah, patut ke bangun dan sambung study? Tapi comforter lagi menarik memandangkan hujan lebat di luar rumah.
Pukul 4.05 pagi terbangun lagi. Ini memang petanda suruh bangun dan study.
Bergerak ke hospital pukul 6.45 pagi, lebih kurang. Dan jalan di Penang yang tak pernah tak jammed.

Entah kenapa, terasa rindu sangat kat Mami dengan Abah. Mungkin Mami dgn Abah bangun tahajud dan mendoakan diri supaya tidak malas dan menjadi seorang yang lebih berguna. Mungkin. Cause I am super lazy right now.
Doa yang mengalir dari kedua-dua orang tua, terasa memenuhi ruang masa hari ini.
Berjaya clerk tiga patient sekali dengan PE. Masuk OT, even tak tengok pun operation, but yeah. Standing while trying to squeeze out all about Hepatobiliary stuffs and Upper GI bleeding, sbb surgeon garang kemain. (Tak garang pun. Tapi rasa bodoh kalau takleh jawab soalan like seriously. I don't mind being dummy, it just too frustrated that I wasted His nikmat after such duas, begging to give a chance on this pathway.)

Dan seketika saya terkedu. Pernah saya merasakan penat, sebab masa tu memang tengah demam dan terpaksa berada di hospital turun naik turun naik sampai banyak kali nak pitam. Dan akibat terlalu penat, tak sempat nak siapkan homework. Merintih memohon di waktu pagi hari, diberikan kekuatan dan semangat untuk terus berjuang.

Dan hari ini,
Allah kabulkan doa itu dengan mengirim pesakit yang hampir sama. Terkedu. Lama terfikir kenapa Allah kirimkan patients ini. Untuk mengingatkan kembali saat pertama kali saya memilih untuk sambung belajar dalam bidang perubatan.

Obstetrics and gynaecology.
Dan hari ini, Allah gerakkan hati saya, untuk memeriksa seorang banduan. Mengingatkan saya betapa manusia berhak diberi peluang meskipun disalah guna berkali-kali. Tiada hak untuk seorang manusia menyatakan haknya ke syurga atau ke neraka, kerana kita tak tahu keadaan kita sampailah saat sebelum kita meninggal.
Berjaya clerk patient 2 orang dengan penyakit yang hampir sama.
Dan merayau dalam operation theatre.
Rasa terisi, walaupun penat bukan main.

"Mak cik tengok kamu mula-mula, mak cik teringat dekat cucu mak cik. Kurus macam kamu, pakai spek macam kamu." sambil gosok-gosok bahu kanan saya. Dan mata yang mencari anak mata yang kerinduan itu ditatap sedalamnya,
" Saya pun rindu nenek saya."

Bila orang tanya, tengah buat apa.
" I am enjoying my medical school. In my own way."

Bilamana kau terasa penat atau hilang arah tuju, berhenti dan berehat untuk mencari arah tuju. Macam mana kita drive hari-hari mengadap jammed (yang memenatkan dan stress-kan kita), kita berhenti bukan? Kalau terus 'D' bukan ke nanti makin bertambah masalah. Dan kalau sesat, kita akan berhenti di bahu jalan, bukannya terus memandu dalam jalan yang sesat.
Dalam hidup, ada banyak jalan untuk sampai ke destinasi akhir, bukannya satu jalan je ada. Hatta nak pergi Mekah pun boleh naik flight, naik kapal or jalan darat.
Apatah lagi destinasi yang hakikatnya hanya dipandang secara keduniaan oleh orang ramai, bergantung kepada 'jenis' kaca mata yang digunakan untuk memandang.
Berhenti seketika 'N' then baru jalan balik 'D'.
Sekian.

Nazual Zulkepli
1653110517

No comments:

Post a Comment